“Janganlah..!!!”,
jerit si kecil kepada kakak dan abangnya. Barangkali terasa dirinya dibuli. Teringat
zaman kanak-kanak dahulu, tidak sah rasanya jika tidak bergaduh. Hrm..itulah di
antara proses membesar dan menuju kematangan. Apa yang boleh dapat daripada
gaduh-gaduh ini? Gaduh-gaduh manje. ^^, Pertama, lebam-lebam akibat dipukul,
mungkin digigit. Kedua, cedera sebab jatuh akibat ditolak. Ketiga, menangis
kerana ‘tension’ sangat, dan pelbagai lagi. ^^
Sebenarnya
banyak yang positif. Apa ya? Antaranya, tolak ansur. Kenapa? Haa, selalu
gaduh-gaduh, mesti ibu suruh kakak atau abang beralah dengan adik. Bukankah itu
dikira tolak ansur? “Tak adillah, asyik kakak je yang kena beralah.” “Laa..kan
kakak dah lahir dulu sebelum adik, tak gitu?” =P ‘Whatever’.
Selain itu,
kerjasama. Bagaimana pula boleh wujud kerjasama?”Dok gaduh aje, tang mana datangnya
kerjasama tu?” Haa!! Bila bergaduh, ibu ‘warning’, waktu itu, untuk mengelak
daripada mendapat habuan (-) daripada ibu, mesti perlu bekerjasama, tolong menolong.
Barang-barang yang tercampak sana sini masa bergaduh dikemas bersama. Waktu
begini, “Apa yang penting?” “Kerjasama!!”. Dengan itu, dapat pula habuan
(+) daripada ibu. Senyum lebar lagi. ^^, Ketiga, bertambah sayang. Huraian
untuk ‘point’ ini perlu dihurai sendiri. J Sesuatu
yang lebih ‘best’ lagi adalah kenangan bila dewasa nanti.
Berbalik kepada
cerita si kecil. Memerhati gelagat anak-anak kecil ini, lucu rasanya, geram pun
ada. Asyik bergaduh, yang si kakak tidak mahu beralah, yang abang asyik
mentertawakan si adik yang menangis. “Haish, mana ibunya ni?” Akibat ‘tension’
yang teramat sangat mungkin, si kecil terduduk sambil menangis tersedu-sedu. “Aduh!!!
syahdunya. Kesian la plak.” Tiba-tiba, si kecil menadah tangan, lalu..
“Ya Allah,
tengok kakak ngan abang..tolong adik..ya Allah….…”, rintih si
kecil. Panjang lebar adunya dan ada terselit permintaan agar Allah
menunaikannya. Terkaku sendiri melihat si kecil mengadu pada Ilahi. Kalau ikut
logiknya, apalah sangat si kecil yang baru pandai bercakap ini tahu, apatah lagi
untuk mengerti. Masih lagi menyusu. Botol susu pun ibu yang cucikan. Hrm..Kita
yang dewasa ini? Allahu Rabbi!!! Susah sungguh, nak sebut satu kata pun susah,
bagaimana mahu mengadu pada Allah. Entah ingat entah tidak.
Ya! kita
manusia, sering lupa, tak dinafikan, tetapi tidak mungkinlah tiada masa
langsung dengan Dia. Bukan perlu masa yang lama pun. Sambil ‘drive’ ke tempat
kerja, ke kuliah dan apa jua urusan harian, kita boleh berbual dengan Dia.
Tidak perlu tikar sejadah pun. Celik biji mata, ucapkan, “Alhamdulillah”?
Mudah bukan? Adakah terlalu susah untuk kita ingat kepada Dia? Susahkah untuk
kita katakan terima kasih kepadaNya? Allah!! Berbual dengan ‘cik adik’ boleh
pula lama, bermesej dengan ‘cik abang’ boleh pula sampai tidak buat kerja. “Tqv2m
dear..”. Allah, manisnya.
Habis, bila
masanya dengan Allah? Bila susah? Gundah?? Allah, nasib baiklah masih ingat, tetapi
adakah waktu susah sahaja ingat Allah? Apabila gundah baru mahu minta pada
Allah? Bukankah senang itu kurniaan Allah? Bahagia itu kerana Allah. Dia yang
mengurniakan segalanya. Biasa dengar, “al-kalam al-du’a’”, “kata2 itu
doa”? Susahkah untuk b’kata? Bukankah hobi suka bercerita??? Allah!! Ubat yang
paling mujarab itu adalah doa. Ia mencegah, m’ubat, menolak, m’hilangkan, meringankan,
ia senjata. Rasulullah saw b’sabda, mafhumnya:
“Kewaspadaan
tidak akan bermanfaat untuk menolak takdir, sedangkan doa, akan bermanfaat atas
apa yang sudah terjadi ataupun yang akan terjadi. Sungguh, jika bencana turun,
lalu ia berhadapan dengan doa, maka keduanya akan bersaing hingga hari kiamat
datang.”
[HR.Hakim]
Muhasabah
diri. Allah sentiasa memberi peluang. Tinggal kita sahaja untuk mengambil
tindakan. Berubah, mohon kepadaNya agar dikuatkan hati, mohon kepadaNya agar
kita tidak lupa Dia, mohon kepadaNya agar dihantarkan kepada kita
tentera-tenteraNya agar kita sentiasa ingat Dia, mohon kepadaNya untuk
segala-galanya. Allahu Akbar! aku hambaMu yang doif. Ajari aku.