Bismillahirrahmanirrahim...

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat Mu yang Engkau kurniakan kepadaku & kepada ibu bapaku, & supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redoi. Perbaikilah keturunanku. Sesungguhnya aku b'taubat kpd Mu & sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri." [al-Ahqaf:15]

Wednesday, 22 February 2012

..Dia Kekasih Ku..

 
قَلْـبِـي مِلْكُ رَبِـّي وَ رَبِـّي حَـبِيـبُ قَلْبِـي
..Hatiku milik Tuhanku dan Tuhanku Kekasih hatiku..
*****

Sempena bulan February yang sinonim dengan Valentines Day ni, sedikit santapan buat kita semua biarpun tinggal sisa2 hari penutup bulan ni.

Bukan nak menceritakan alkisah Valentines Day/ Hari Kekasih ni, tetapi meninjau di sebalik yang terjadi pada hari ni.
*****

14 February, Hari Kekasih.
Membelikan hadiah utk kekasih???
So sweeetttttttttt!!!
Bunga???
Romantik ko jang!!! ^^,
*****

WHATEVER!!!

*****
Salahkah memberikan hadiah kepada seseorang yang kita kasih?
Salahkah menghadiahkan orang yang kita sayang, dengan kata yang lebih tepat lagi “kekasih”  walau dengan sekuntum bunga?

Tidak salah. Bila2 masa dan ketikanya boleh beri dengan syarat kekasih kita itu kekasih yang halal, sudah diakad dengan walinya. Akad yang bagaimana? Akad pernikahan.
Islam telah tunjukkan jalan. Mengapa dicari jalan yang lain?

Firman Allah SWT di dalam surah al-Nur, ayat 32 yang bermaksud:

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.”
*****

So, tak kawen, tak leh lah nak couple???

Hrrmmm…

Somebody said: “Ada cara couple sebelum kawen. Zaman sekarang kan zaman teknologi. Dunia tanpa sempadan lah katakan ataupun maklumat di hujung jari je. SMS la...FB kan ada, TWITTER lagi, SKYPE dll lagi lah. Apa risau? Tak perlu jumpa pon.”
*****

HA!!! INILAH MASALAHNYA.
Jika fikir ianya jalan terbaik, totally salah. Tidak boleh sama sekali.

“WHY NOT???”

Bukankah apabila berdua ada yang ke-tiga? Yang ke-tiga itu seperti yang kita maklum adalah SYAITAN.

“Bila masa pula berdua? Kan kalau SMS misalnya, seorang di sini, seorang di sana.”

Jawapannya senang je, “Bukankan di antara sini dan sana ada tengahnya?”
Fikir-fikirkan...
*****

Allah SWT berfirman, maksudnya:

“Wanita-wanita yang jahat adalah untuk laki-laki yang jahat dan laki-laki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat (pula), sedangkan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)...”
[Al-Nur: ayat 26]
*****

 “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Mohonlah pada Allah sebanyak-banyaknya agar dikurniakan yang terbaik dari sisiNya dan jadikan Allah kekasih hati kita yang sebenar-benarnya..


 
_Qalbi milku Rabbi wa Rabbi Habibu Qalbi_

Wallahua’lam…

Wednesday, 1 February 2012

..Biarku Menjadi Lilin..

Bismillahirrahmanirrahim..
Mari selami seketika realiti seorang pendidik..Tidak semudah yg disangka..

***
"Kamu dah habis belajar kan? Kenapa tak kerja2 lagi ni?"
"Allah..bukan mudah skang ni nak dapat kerja, mak cik."
"Apa susah, jd cikgu kan senang."
"Ye la Yus, ko tengok aku ni, senang. Pagi pergi sekolah, mengajar, petang balik la. 
Gaji masuk. Ok la.. Nak risau apa?"
"..?????....." Hati kecil Yus berbisik, "Beginikah guru yg akan mendidik anak bangsaku???
Apalah nasib anak-anakku??? Allah..."

***
"Kenapa kamu merokok? Berapa kali mak nak cakap?
Jangan merokok!! Kenapa degil sangat?"
"Cikgu tu merokok. Lagipun bukannya Along merokok dalam sekolah, dekat luar."
"..???..."

Rosaklah anak bangsa..

***
"Ayah, jom pergi solat berjemaah di masjid. Ustaz kata solat berjemaah
27 kali ganda daripada solat bersndirian."

Beruntunglah dengan ilmu yang berterusan..

***
Termangu sendirian. Terkenang saat-saat ketika masih di alam persekolahan.
Guru-guru itu tabah, sangat tabah. Dengan ketabahan itu, mereka tersenyum melihat anak-anak didik melangkah dengan gah, menggapai cita, biarpun tidak menoleh ke arah mereka untuk seketika.
Harapan mereka, anak-anak ini berjaya. Anak-anak ini terus melangkah, meninggalkan alam persekolahan.
Alam kampus yg penuh cabaran.
Di sini tiada guru yg akan merotan, tiada lagi yg berpanas di bawah terik mentari,
tiada lagi yg berdiri di atas kerusi.
Di sini seperti kawan. Boleh berunding. kadang-kadang sampai naik taring.
Apa itu salah? Salahkah guru di sekolah? Salahkah pensyarah2?

***
Ya Allah, aku ingin jadi murabbi..



  
Biarku menjadi lilin..
Memberikan cahaya..
Terangi sekeliling..Dengan diri terbakar..
Tak siapa yang sedar..
Di saat kegelapan, rela aku berkorban..
Demi satu harapan..
Biar masa berlari..
Dan kau terus mendaki..
Aku tenang di sini..
Dengan sabar menanti..
Tanpa dendam dan benci..
Andainya kau terjatuh, terluka dan tersungkur..
Ku rawat biar sembuh..

**Aku takkan bertanya..
Apakah nanti balasannya..
Setiap pengorbanan, setiap pemberian..
Demi satu ikatan..Keikhlasan dihati..
Walaupun sering kau ragui..
Pada suatu masa..
Dan suatu ketika akan ketara jua..

Biarku menjadi lilin..
memberikan cahaya..
Saat kau kesepian..
Saat kau kegelapan..
Ku rela menerangkan..
Aku senang begini..
Dapat terus berbakti..
dengan cara sendiri..

Ulang**