Bismillahirrahmanirrahim...

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat Mu yang Engkau kurniakan kepadaku & kepada ibu bapaku, & supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redoi. Perbaikilah keturunanku. Sesungguhnya aku b'taubat kpd Mu & sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri." [al-Ahqaf:15]

Saturday, 7 July 2012

Diari Sifir Hidupku – EPISOD: “..... ,, **K dah hilang telinganya”.


            Tidak lagi bersama si angkut-angkut. Musafirku kali ini bersama teman setia seperjalanan. Cuti semester, meninggalkan anak-anak kesayangan dan hiruk pikuk alam persekolahan. Berat hati meninggalkan mereka. Kenapa ya?? Hrmm.. Aku kan Si Batu. Yes, “Aku Si Batu”. ^^’

            Okay. Melewatkan hari untuk pulang ke kampung halaman bukanlah hasratku, tetapi ada perkara yang perlu aku selesaikan sebelum keberangkatanku dan menemani rakan senegeri adalah salah satu misi perjalanan kali ini. Memandu melebihi 80km/jam menyebabkan ada ‘something’ yang berlaku pada tayar kereta rakanku itu. Oleh itu, aku membuat kesimpulan, perjalanan pulang ke negeriku akan mengambil masa lebih daripada 5 jam ditambah lagi jalan yang dilalui bukanlah jalan kebiasaan yang aku gunakan.

            ‘1si time’ lalu lebuh raya tidak menggunakan ‘aircond’. Memandu dengan sangat santai sambil menghirup udara segar, tiba-tiba hujan lebat, cermin dinaikkan, ‘on’ aircond, penglihatan ditajamkan dan fokus dalam pemanduan. Kabur, tidak nampak jalan, ‘drive slowly’, ‘and then’…

            ‘Emergency break’, agak tidak membantu. Hujan yang lebat dan permukaan jalan yang licin menyebabkan teman setiaku terbabas. “Allahu Akbar, ke gaung aku ni..”, dan … memanjat semula saliran air, menarik hand break, terpaku…

            Ring..ring..ring!!! Hand phone?? Mana?? Tercampak di kaki.
                        “Awak katne? Akak tak nampak awak pun”.
                        “Belakang akak, terbabas, kat tepi ni”.
                        “Awak okay tak?”                              
                        “Saya okay, tapi **K dah hilang telinganya"
                        “Ya Allah..akak Nampak **K awak dah cacat sebelah. Okay tak ni nak terus jalan?”
                        “Okay, tapi jap saya nak check dulu”.
                        “Okay!”

            Dalam jarak tiga buah kereta dihadapan kami terdapat sebuah kereta  yang ‘accident’ merintang jalan, hasilnya…itulah yang terjadi. Di mana telinga **K ya?? Hujan masih lebat, keluar melihat keadaan teman setiaku ini. Yes, tiada telinga yang tercicir di atas jalan raya, bermakna telinga **K terkubur di dalam gaung. Meneruskan perjalan dengan keadaan seadanya **K.

            Tiba di rumah, A – Z story telling. Haha ^^’ I look I look I see..la..la..la.. Bukan telinga **K sahaja yang telah cacat, kakinya juga. Kata seorang sahabat, “Kesian **K cedera lagi”. **K sudah biasa cedera, tapi pengalaman kali ini lain daripada yang lain. Alhamdulillah, Allah masih beri peluang dan ruang. Teringat sebuah lagu “Ingat 5 sebelum 5”, oleh kumpulan nasyid Rabbani.

                         “Waktu LAPANG buatlah, amalan sebelum SIBUK pelbagai urusan, 
                              isilah dengan amal kebajikan, menuntut ilmu dan baca al-Quran
                         Waktu SENANG beringatlah, sebelum tiba waktunya SUSAH jika datang  
                              ancaman musibah, mampu bersedia selesai masalah
                    Bila SIHAT jagalah badan, sebelum derita SAKIT tak keruan, kawallah makan                                              untuk kesihatan, ringan ibadah nak dikerjakan
                    Jika KAYA bermurah hati, dapat pahala menolong orang, jikala MISKIN apa                                               pun tak ada
                    Waktu kita HIDUP di dunia, sediakan bekalan sebelum MATI, walaupun susah                                            banyak halangan tabah dan sabar, Allah kan sayang”,,


Sebuah lagi lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Raihan yang bertajuk “Demi Masa”,,
                        “Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara,,
                            SIHAT sebelum SAKIT,,
                            MUDA sebelum TUA,,
                            KAYA sebelum MISKIN,,
                            LAPANG sebelum SEMPIT,,
                            HIDUP sebelum MATI”,,

Muhasabah diri. HasbunAllah wa nikmalwakil.


Wednesday, 4 July 2012

Biarlah tersiksa dek K.E.B.E.N.A.R.A.N daripada bahagia dilitupi K.E.P.A.L.S.U.A.N.


arghh!!!
petang dingin yang membengangkan
kusut!
janji yang tak ditepati
mengelamkan masa hadapan
cahaya seakan padam
namun aku sedar
aku masih punya Dia
Dia yang menentukan segalanya
bukannya mereka
buat apa dirisaukan
jika kau telah menyaksikan
kehebatan Dia pencipta alam
Dia segalanya
pada Nya segala urusan ku serahkan
dan kau juga
nyah kan lamunan
hapuskan duka dan gusar
ia hanya membuatkan kau terbeban
sedang jalan masih panjang
hidup bukan untuk mati
tapi mati itu untuk hidup
apa sudah cukup bekalan?
usah pandang kiri dan kanan
telusuri diri tanya akan hati
apa masih hidup lagi
atau mati setelah dinodai
tak guna terpana tanpa sedar kembali
tak guna berguguran manik jernih ke pipi
sememangnya kita pelakon di pentas dunia ini
lakonan terhebat adalah yang tak disedari
yang menyebabkan ramai yang mati
biarlah tersiksa dek kebenaran
daripada bahagia dilitupi kepalsuan


04 July ’12 6:10pm
at HOME ^^

Melihat B.A.H.A.G.I.A.


Guru ibarat lilin
kerna semangatnya 

yang sanggup berkorban
membakar diri sendiri untuk menyinari yang lain
namun hakikat sebatang lilin
hadirnya hanya seketika
menyinari malam yang gelita
ia padam ditiup angin
dan kan padam pabila tiada lagi sumbunya
maka tiada lagi cahaya
hakikat seorang guru
sinarnya tak pernah hilang
ia bak mentari yang bersinar
cahanya tak pernah padam
itu bukti kekuasaan Tuhan
hidup tidak selalunya indah
adakalanya awan mendung itu menyinggah
lalu hujan turun membasah
itu lumrah
hujan reda pelangi pun tiba
senyum bahagia
melihat laut yang terbentang luas
dipayungi langit yang membiru
menyaksikan matahari di kaki gunung
cemara yang berterbangan
menyinggah di batu-batu
hilangkan lelah barangkali
siang melabuhkan tirai
bulan mula mengintai
si pungguk tersenyum
kerna ada perumpamaan buatnya
bak pungguk rindukan bulan
dan si tukang memulakan kerja
kontraktor berjaya lagaknya
si hantu pula berjaga
kerna malam itu siangnya
di mana matahari
pada bulan sinarnya
ditemani bebintang
indahnya cakerawala ciptaan Tuhan
pagikan kembali
dan matahari memancarkan sinar
hingga ke petang hari
begitulah kitarannya
Guru itu juga
tak pernah ubah coretan hidupnya
memberi dan terus memberi
untuk melihat bahagia


11.00am at HOME ^^
04 July ’12/14 Syaaban ‘33

..Aku Si Batu.. 3>>



            Sudah agak lama jari jemari ini tidak beraksi, meluahkan kata hati yang tersimpan rapi di satu sudut sepi, menyendiri. Sedar tidak sedar, kini telah tamat tempoh aku berkhidmat sebagai guru praktikal. 29 Jun 2012. Lega?? Merdeka?? Bukan itu yang aku rasa. Apa yang aku rasa adalah…

            Menatap wajah mereka membuatkan aku tersenyum bahagia. Ceria bersama. Kadang-kadang suasana tegang menjelma. Sudah masak dengan gurunya, tidak pandai menzahirkan rasa, yang ada hanya diam seribu bahasa dan mesra kembali semula. Itu aku, walau dengan sesiapa. Aku juga manusia biasa. Rasa marah itu ada, marahku itu kerana terlalu sayangkan mereka.

            Minggu terakhir disekolah, di saat sahabat-sahabat seangkatan menyediakan ole-ole kenangan dari seorang guru untuk anak didiknya, aku melihat dengan bersahaja, serius aku buntu. Dengan perubahan jadual waktu dan menanti kedatangan pensyarah untuk meng’observe’ aku untuk terakhir kalinya, tidak sekali pun berbangkit tentang hari akhirku di sekolah itu. Apa yang mahu ku lakukan adalah terus melakar keindahan di saat getir sebuah pertemuan.

            YUP! SEBUAH PERTEMUAN. Sebuah pertemuan pasti ada perpisahan. Itu lumrah. Tangis perpisahan itu hanyalah sementara kerana setelah perpisahan itu sentiasa ada senyum bahagia. Bahagia dengan kenangan itu. Kenagan bersama, tentang kamu dan aku, juga mereka. Sering ku coretkan sebuah kata, “UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA”, dengan harapan mereka kan dijaga Dia senantiasa kerana aku tidak mampu melakukannya. UKHWAH bukan bermakna ada "KAMU DAN AKU" setiap masa ibarat "belangkas", ke sana ke sini bersama, tetapi UKHWAH itu ada KAMU DALAM DOAKU dan juga DIA.

            Hari terakhirku, for the last thumb print, agak lewat, tapi tidaklah sampai merah. ^^’ Agak sunyi. Hari ini merupakan hari akademik di mana parents akan datang untuk mengambil report card anak-anak & meng’update’ status anak masing-masing. Tiada sesi pengajaran dan pembelajaran. Dapat satu ‘relief’, relief yang terakhir. Sayu melihat anak-anak itu. Mungkinkah akan ada ruang dan waktu untuk aku dan mereka seperti dahulu??

            Sesi persekolahan tamat. Manik-manik jernih itu berguguran. Semuanya kerana anak-anak itu. Mereka puncanya. Allah titipkan rasa kasih pada mereka dan aku merasakannya. Aku sayangkan mereka. Ukhwah fillah Abadan abada insya Allah.
           



TAMAT.