“Se ni ibarat batu
kek topi laut tu. Kamu sumo ni ibarat Si Camar, yang datang dok monggek kek ateh
Si Batu, lopeh tu poie ntah ko mano. Poie la mano nak poie, tghobang la ko mano
ajo, Si Batu tak halang doh, biar pon Si Camar kadang kalo ningga an taik, tapi
bagi Si Batu, alah biso, toga biaso. Sok Si Camar datang laie, tapi bukan Si
Camar yang samo, kok samo pon, Si Batu totap teghimo. Camtu la se. Ghini sumo
ado dopan se, sok luso, ntah ko mano poie. Poie la ko mano nak poie. Kok ko
bulan, jgn lupo gapai bintang, bukan untuk se, tapi untuk maso dopan kamu sumuo.
Taknak pandang ko bawah takpo, se tak kocik ati doh, se doa sumo e bojayo.
Sapolah se ni?? Si Batu yo…”
Teringat kata-kata cikgu Math masa
sekolah dulu. Rindu saat itu. Bak kata seorang guru, “Anak-anak mahu membesar…”
Pelbagai ragam, pening kepala cikgu-cikgu. Cikgu kata begini, kita kata begitu.
Cikgu minta buat ini, kita buat yang itu. Cikgu kata, “Tak boleh!!!”, kita
kata, “Cikgu…boleh la…please!!!”. “Salah ni…”, kata cikgu. “Betullah cikgu, ok
ap?...”, kata kita pula. Itulah kita. ^^ Sabar betul cikgu-cikgu. Kalaulah
cikgu-cikgu tak sabar masa itu, entah di mana kita sekarang kan??? Hrm..
Teringat pula pesanan seorang ustaz
yang mesra dengan panggilan ayahanda dan kami adalah anakanda-anakandanya.
Katanya, “Kun ‘Aliman, au Muta’alliman, au Mustami’an, au Muhibban, wala takun
al-Khamis, fa tuhlak!!!” “Jadilah kamu orang yang alim yakni orang yang
memberikan ilmunya, atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang mendengar
ilmu, atau orang yang mencintai ilmu, dan jangan jadi yang ke lima, maka celaka
bagi engkau. Sudah lah taknak jadi ‘Alim, belajar pun tak mahu, di ajak ke
majlis ilmu, menolak, malah benci pula dengan ilmu, binasa jadinya. Rosak
hidupnya.”, hurainya lagi. Syukran ayahanda!!! Ku abadikan ia dalam lembaran
hidupku.
Al-Fatihah buat dia. Dia yang melakar
warna-warna itu dalam hidupku. Dia yang membuatku berfikir kembali siapa aku.
Biar tiada lagi di dunia ini, namun ada dia di hati ini. Dia murabbi. Berkati
dia, ya Allah. Terima kasih ustazah!
Sudah sekian lama tidak ketemu
mereka. Sibuk sangatkah aku sehingga tidak sempat menziarahi mereka? Bahkan
bertanya khabar pun, tidak. Ya Allah, jaga mereka. Aku sayang mereka. Sayang
sangat-sangat. Aku rindukan mereka. Rindukan kata-kata mereka, gelak tawa dan
air mata, teguran mereka. Rindu sangat… Ya Allah, berkati mereka. Berkati kami
semua. Aku ingin seperti mereka.
*****
19 March 2012
Bermulanya di sini...
Mampukah aku
setabah guru-guru itu???
No comments:
Post a Comment