Bismillahirrahmanirrahim...

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat Mu yang Engkau kurniakan kepadaku & kepada ibu bapaku, & supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redoi. Perbaikilah keturunanku. Sesungguhnya aku b'taubat kpd Mu & sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri." [al-Ahqaf:15]

Thursday, 15 December 2011

Cukuplah Allah bagi kami,..

Assalamualaikum...

Lama sudah diri ini menyepi, terdetik pula dalam kesibukan menyiapkan assignment ni, ingin menjengah dan meluah satu dua kata dalam blog ni yang dah lama di anak tiri. Perlahan sahaja tarian jari jemari ini, sepertinya buntu apa yang ingin diluahkan, mencari benih yang akan tumbuh subur untuk manfaat bersama. Tiba-tiba teringat petikan kata-kata daripada ucapan Dr. Mohd Asri. Mari sama-sama kita perhalusi...

Jika Allah hendak memberikan kebahagian kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun. Jika Allah menghalang kebahagian kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan. Jika Allah uruskan urusan kita, dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita, walaupun sekelip mata. Dunia boleh buat apa-apa, tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah. Jika Allah mengatur untuk kita, apa orang yang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah. Apa yang orang rasa rugi, Allah akan memberikan keuntungan, yang mana jalan-jalan manusia tidak sangka, tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan.
Lihatlah dunia ini, kadang-kadang manusia, dia hilang sesuatu benda daripada dunia, kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya. Ketika ditimpa keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya, tapi hari ini  Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik. Ketika kita ditimpa musibah tertentu, kita kata, ‘Habislah aku kali ini’, tapi usia terus berjalan, kita masih lagi hidup dan bahkan menikmati kurniaan Tuhan.
Ketika kita kata ‘Ya Allah tolonglah aku, ya Allah tolonglah aku, aku susah ya Allah’, hari ini kita pun telah lupa pada perkataan itu, dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur di atas pelbagai ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya.
HasbunAllah wa nikmalwakil...
Cukuplah bagi kami ni Allah, Dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan.
Sekian dahulu untuk kali ini..Renungan bersama..