Bismillahirrahmanirrahim...

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat Mu yang Engkau kurniakan kepadaku & kepada ibu bapaku, & supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redoi. Perbaikilah keturunanku. Sesungguhnya aku b'taubat kpd Mu & sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri." [al-Ahqaf:15]

Tuesday, 18 October 2011

..Maaf Kita, Maaf Dia..

Bismillahirrahmanirrahim..
Ceritera Kemaafan..


Diri ni suka sgt ikut nafsu..klu nak buat jahat tu senang yg amat..xyah nak gerak ke mana pun, blh je buat..pejam mata pun blh..nak duduk? nak baring? sambil solat pun blh (2 in 1)..senang lg dari wat 'kacang goreng'..hrmm..

tapi..

Bila nak buat baik tu..Allah!!..liat sungguh diri ni..ada je alasan..itu lah..ini lah..aahhh..macam2 lah..

Kalau cani citernya kita sesama manusia, mesti bengang kan, nak marah, macam2 lah perasaan..ye lah orang selalu kata sekali terkena, len kali jangan harap..tapi ada gak antara kita tnggu 3kali kena, bru kluar taring, dah habis tahap sabar lah kata orang..ada juga yang kata kalau sabar yang bertahp ni bukan sabar namanya..apa2 pun sabar itu meningkatkan tahap keimanan seseorg hamba kepada Penciptanya..

Kadang2 kan, bila dah hilng sabar, dah xde maaf dah..malah jadi benci plak bila orang asyik minta maaf..kadang 2 plak, mulut kata maaf tapi hati tu geram je coz ada lagi marah..mulut dh kata, 'aku ikhlas dr hati maafkan kau' tapi..

erm..bagus kan org yang esntiasa sabar & xpernah nak marah..sentiasa memaafkan org walaupun org yg buat salh xminta maaf..ada x antara kita?yg dekat2 ni??diri kita???..

ni kita sesama manusia..tp Allah..

Firman Allah SWT dlm ayat 53, al-Zumar bermaksud:
"Katakanlah, "Wahai hamba2 Ku yg melampaui batas terhadp diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa2 semuanya. Sungguh, Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."

Allahuakbar!!! Astaghfirullahal'azim..


muhasabah diri, berubah & istiqamah..

apa2 pun pohon sgalanya dari Dia..semoga diper mudahkan segala urusan kita..insya Allah..

Sunday, 16 October 2011

..Bukalah Matamu..


Disekitarmu tidakkah kau menyaksikan 
terbentang nan luas awan yang berarak langit yang membiru 
aturan cakerawala mentari dan bulan harmoni sempurna 
tanyalah ke dalam diri tak cukup lagikah bukti 
butakah hati menolaknya ke tepi 
kita perlu buka mata hati dan minda saksikan semua petanda 
mampukah menafikannya terpaku tak terkata 
berikanlah kami petunjuk ke arah jalan mu yang lurus 
dekat dengan mu selama-lamanya 
dalam dirimu sungguh  teraturnya tanpa kau sedari aliran darahmu 
cinta kasih dan rindu itu seluruh jiwa raga 
mampukah kau menggapainya bukankah ia nyata 
tanyalah ke dalam diri tak cukup lagikah bukti 
butakah hati menolaknya ke tepi 
kita perlu buka mata hati dan minda saksikan semua petanda 
mampukah menafikannya terpaku tak terkata 
berikanlah kami petunjuk ke arah jalan mu yang lurus 
dekat dengan mu selama-lamanya 
lahirnya si kecil lemah tak bemaya kau lihatnya membesar 
kenapa kau buta dihadapan mata keajaiban yang nyata 
kita perlu buka mata hati dan minda saksikan semua petanda 
mampukah menafikannya terpaku tak terkata 
berikanlah kami petunjuk kear ah jalan mu yang lurus 
dekat dengan mu selama-lamanya 
lahirnya si kecil lemah tak bemaya kau lihatnya membesar 
kenapa kau buta dihadapan mata keajaiban yang nyata 
kita perlu buka mata hati dan minda saksikan semua petanda 
mampukah menafikannya terpaku tak terkata 
berikanlah kami petunjuk ke arah jalan mu yang lurus 
dekat dengan mu selama-lamanya 
buka mata hati dan minda saksikan semua petanda 
mampukah menafikannya terpaku tak terkata 
berikanlah kami petunjuk ke arah jalan mu yang lurus 
dekat dengan mu selama-lamanya 
diciptakan segalanya 
kami semua menadah tangan bersyukur selamanya 
Alhamdulillah...

Friday, 14 October 2011

Apa Itu Sifir Hidup???

Bismillahirrahmanirrahim...

Sifir Matematik:
 + - x / =
Sume orang tahu, tapi sifir hidup ni ramai yang terlepas pandang..

Sifir Hidup??
Hidup kita ni warna-warni. Adakala warnanya cantik menenangkan dan ada ketika, warna itu bertukar kusam & kelam. Kadang, hati merungut bila diundang sedikit derita, padahal derita itu yang m'bawa bahagia. Sedikit ujian yang diberiNya membawa kita menuju Dia. Al-Kisah Sifir Hidup:

Kita dok merancang setiap hari. As a student, bila nak buat assignment berkumpulan misalnya, kita merancang sehabis baik lah untuk mendapat the best mark. Kita buat pembahagian kerja supaya teratur, kita berbincang & macam2 lagi sehingga hasil kerja dihantar. Nak menghadap exam pula, kita pulun habis silibus, sehingga nak makan pun terlupa, tidur tak lena, sanggup pula bersengkang mata. Harapan kita kejayaan di genggaman. Namun, setelah segalanya kita harung, natijahnya tak seperti yang dijangka, lalu terbit rasa kecewa, mulalah hati menuturkan kata-kata hampa.

Begitu juga dengan yang sudah berkerjaya. Seorang guru misalannya, awal pagi dah ke sekolah, perhimpunan, masuk kelas keluar kelas, nak memahamkan students bukannya mudah, nak menanda buku, balik sekolah petang, sambung pula buat laporan di rumah & penyediaan mengajar keesokan harinya, hujung minggu ada kursus dll lagi. Bagi yang sudah berumah tangga pula, kalau seorang isteri perlu mengemas rumah, memasak, cuci baju, siram pokok bunga, membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah dan sebagainya.

Allahu Akbar..kalau nak disenaraikan kerja, memanglah banyak. Buatlah sesuatu dengan ikhlas, insya Allah akan diberikan ketenangan & keseronokan dalam melakukannya. Eh, kat mana yang dikatakan sifir hidup ni?

aHa..Sifir hidup yang dimaksudkan adalah "BIIZNILLAH" [dengan izin Allah]..
Kita boleh merancang apa sahaja yang kita mahukan, kita boleh tambah untuk melengkapkan, kita boleh tolak apa yang tidak diperlukan, kita boleh bahagikan mengikut keperluan, apa sahaja bisa kita aturkan, kita menghitung guna akal fikiran, terkadang tersasar mengikut nafsu & perasaan, tetapi kita perlu ingat satu sifir yg sama sekali tidak boleh dilupakn, iaitu BIIZNILLAH..

..Syukran..

..Sifir Hidup..

 
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Dengan izin Allah, tanggal 13 Okt 2011 bersamaan 15 DhQ 1432, hari Khamis, bermulalah sebuah episod bagi,,


Ini permulaan. Wallahu'alam...