Sudah
terlalu lama Diari Sifir Hidupku ini tidak dijengah. Berhabuk dan penuh
sesawang, jadi hari ini niat di hati mahu membersihkannya. Hrmm,, nak hias
dengan apa ya? oowh! Sifir Hidup pun sudah lama tidak di’update’. ^^’ Log in
sebentar,,, Allah!!! Last update 6 November 2012. Apa yg di’busy’kan ni?
Baiklah,, operasi bermula,,
Sudah
masuk minggu ke-6 kuliah dan semester ini merupakan semester terakhirku di
sini. Sudah diazamkan sewaktu cuti semester yang lalu lagi untuk menghabiskan
sebaik mungkin waktu-waktu terakhir di kampus ini. Bukan tidak ingin menyambung
pelajaran lagi atau sebagainya, tetapi kita tidak tahu apa yang akan terjadi
selepas ini. Ya, kita merancang, tapi jangan lupa adanya Dia, perancangan-Nya
mengatasi segala-galanya. Adakah azam itu menjadi realiti? Apa ianya akan
ditunaikan? 5 minggu kuliah berlalu, sudahkah punya perkembangan? ,,,
* * *
Oh
ya, ingin dikongsikan serba sedikit “Musafir Kasih” sepanjang cuti semester
sudah. Perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain membawaku dan
sahabat-sahabat mengenal daerah orang. Teringatkan pepatah Melayu, "Hujan emas
di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri” yang
bermaksud sesuatu
itu memang baik di kampung halaman sendiri walaupun betapa mewahnya tempat
lain. Apa kiasannya dengan kisah
permusafiran ini agaknya? aHa! Bolehkah dikatakan pepatah ini sebenarnya
membuatkan ramai orang tidak mahu keluar dari kepompong mereka? ,,atau mungkin
berterbangan dari kepompong mencari manisan madu di taman larangan, bertemu
rerama dan kekupu lainnya? ,,sekadar cetusan persoalan untuk sama-sama kita
fikirkan.
* * *
Semusim hujan perancangan
menanti hujan reda
mungkin bah yang melanda
dan surut meninggalkan sisa
namun ia tidak melewati
mungkin berkat doa sang hamba
bahkan ehsan Yang Maha Mencipta
di balik awan sang mentari mengintai
di rembes baki hujan pelangi menyapa
di saat yang lain melangkah pergi
si petugas masih setia
walau kecamuk kepala
sesak di dada
namun digagahinya jua
kerana Dia
kerana amanah NYa
titipkan sahabat
untuk dia setapak
lebih dekat dengan Khaliqnya.
* * *
Musafir
ini membawa 1001 erti, lakaran indah persahabatan, tarbiyah daripada al-Rahman
dan catatan memori yang menguntumkan senyuman. Ada yang terguris, menangis.
Ketawa juga akhirnya menangis. Diimbau kembali, ianya manis. Setiap sahabat itu
lain “fe’el”nya, yang tegas itu taman dihatinya, yang lembut pula batu jiwanya
dan yang “cool” bersahaja lagaknya. Siapa yang pening? Tidak lain dan tidak
bukan yang menjadi ketua. Kalau begini,
harusnya bagaimana? Ya, Rasulullah teladan ummah. Rasulullah kan ketua
keluarga, pemimpin negara, Rasulullah contoh terbaik untuk semua. Rasulullah
dan sahabat itu bagaimana? Saidina Abu Bakar dengan kelembutannya. Saidina Umar
dengan ketegasannya. Lihatlah gemilangnya Islam di saat mereka.
* * *
Di saat hilang arah
menanti bantuan tiba
di laman asing
di bahu tar pudar
sosok tubuh itu jadi tarikan
comot!
kusut!
dari kotak hijau hanyir
perlahan dia menghampir
ada gusar di hati
di balik tabir kaca
dia mengisyaratkan
1 jari sambil menyeringai
belas itu menyapa
tidak kenal siapa
namun hakikat bersaudara
riak riang di wajahnya
lambaian bersahaja
tenang hati tidak terkata
senyum itu zahir rasa
dan laman asing itu
saksinya.
* * *
Sedikit
coretan untuk Diari Sifir Hidupku kali ini dengan “Musafir Kasih” ku bersama
sahabat. Segalanya tersimpan rapi di dalam lipatan kehidupan, memori indah yang
terbitnya dari kasih al-Rahman.