Bismillahirrahmanirrahim...

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat Mu yang Engkau kurniakan kepadaku & kepada ibu bapaku, & supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redoi. Perbaikilah keturunanku. Sesungguhnya aku b'taubat kpd Mu & sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri." [al-Ahqaf:15]

Sunday, 17 March 2013

Diari Sifir Hidupku – EPISOD: “Musafir Kasih” ^^



            Sudah terlalu lama Diari Sifir Hidupku ini tidak dijengah. Berhabuk dan penuh sesawang, jadi hari ini niat di hati mahu membersihkannya. Hrmm,, nak hias dengan apa ya? oowh! Sifir Hidup pun sudah lama tidak di’update’. ^^’ Log in sebentar,,, Allah!!! Last update 6 November 2012. Apa yg di’busy’kan ni? Baiklah,, operasi bermula,,

            Sudah masuk minggu ke-6 kuliah dan semester ini merupakan semester terakhirku di sini. Sudah diazamkan sewaktu cuti semester yang lalu lagi untuk menghabiskan sebaik mungkin waktu-waktu terakhir di kampus ini. Bukan tidak ingin menyambung pelajaran lagi atau sebagainya, tetapi kita tidak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Ya, kita merancang, tapi jangan lupa adanya Dia, perancangan-Nya mengatasi segala-galanya. Adakah azam itu menjadi realiti? Apa ianya akan ditunaikan? 5 minggu kuliah berlalu, sudahkah punya perkembangan? ,,,

* * *

            Oh ya, ingin dikongsikan serba sedikit “Musafir Kasih” sepanjang cuti semester sudah. Perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain membawaku dan sahabat-sahabat mengenal daerah orang. Teringatkan pepatah Melayu, "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri” yang bermaksud sesuatu itu memang baik di kampung halaman sendiri walaupun betapa mewahnya tempat lain. Apa kiasannya dengan kisah permusafiran ini agaknya? aHa! Bolehkah dikatakan pepatah ini sebenarnya membuatkan ramai orang tidak mahu keluar dari kepompong mereka? ,,atau mungkin berterbangan dari kepompong mencari manisan madu di taman larangan, bertemu rerama dan kekupu lainnya? ,,sekadar cetusan persoalan untuk sama-sama kita fikirkan.

* * *

Semusim hujan perancangan
menanti hujan reda
mungkin bah yang melanda
dan surut meninggalkan sisa
namun ia tidak melewati
mungkin berkat doa sang hamba
bahkan ehsan Yang Maha Mencipta
di balik awan sang mentari mengintai
di rembes baki hujan pelangi menyapa
di saat yang lain melangkah pergi
si petugas masih setia
walau kecamuk kepala
sesak di dada
namun digagahinya jua
kerana Dia
kerana amanah NYa
titipkan sahabat
untuk dia setapak
lebih dekat dengan Khaliqnya.

* * *

            Musafir ini membawa 1001 erti, lakaran indah persahabatan, tarbiyah daripada al-Rahman dan catatan memori yang menguntumkan senyuman. Ada yang terguris, menangis. Ketawa juga akhirnya menangis. Diimbau kembali, ianya manis. Setiap sahabat itu lain “fe’el”nya, yang tegas itu taman dihatinya, yang lembut pula batu jiwanya dan yang “cool” bersahaja lagaknya. Siapa yang pening? Tidak lain dan tidak bukan yang menjadi ketua.  Kalau begini, harusnya bagaimana? Ya, Rasulullah teladan ummah. Rasulullah kan ketua keluarga, pemimpin negara, Rasulullah contoh terbaik untuk semua. Rasulullah dan sahabat itu bagaimana? Saidina Abu Bakar dengan kelembutannya. Saidina Umar dengan ketegasannya. Lihatlah gemilangnya Islam di saat mereka.

* * *

Di saat hilang arah
menanti bantuan tiba
di laman asing
di bahu tar pudar
sosok tubuh itu jadi tarikan
comot!
kusut!
dari kotak hijau hanyir
perlahan dia menghampir
ada gusar di hati
di balik tabir kaca
dia mengisyaratkan
1 jari sambil menyeringai
belas itu menyapa
tidak kenal siapa
namun hakikat bersaudara
riak riang di wajahnya
lambaian bersahaja
tenang hati tidak terkata
senyum itu zahir rasa
dan laman asing itu
saksinya.


* * *

            Sedikit coretan untuk Diari Sifir Hidupku kali ini dengan “Musafir Kasih” ku bersama sahabat. Segalanya tersimpan rapi di dalam lipatan kehidupan, memori indah yang terbitnya dari kasih al-Rahman.



                                                                                                                                

No comments:

Post a Comment