Bismillahirrahmanirrahim...

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat Mu yang Engkau kurniakan kepadaku & kepada ibu bapaku, & supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redoi. Perbaikilah keturunanku. Sesungguhnya aku b'taubat kpd Mu & sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri." [al-Ahqaf:15]

Saturday, 31 August 2013

Rencana Allah, Kemudian Rencana Kita



Dalam setahun ada 12 bulan, dalam 12 bulan ada 4 minggu & setiap minggu ada 7 hari. Tidak semena-mena tersenyum sendiri melihat Sifir Hidup untuk tahun ini (2013), hanya satu catatan yang tercoret, tarikhnya 16 March 2013. ^^,

Baiklah. Mula mengorak langkah, biar bertatih, jatuh, sedikit perit & bangun meneruskan langkah.

***
Sudah beberapa bulan meninggalkan alam kampus. Hajat di hati ingin membina empayar, merantau tinggalkan negeri, namun rumah sendiri menjadi pilihan hati. Kata sahabat, “Nakkan ladang dunia atau akhirat?” Ditimbal balik, “Apa yang telah aku lakukan selama ini?”, bermonolog sepi. Allah!!! Pilihan bukan satu. Istikharah?? Istisyarah??? Biar awalnya niat agak tersasar, namun terus melangkah & perbaharui niat.

Ramadan kembali. Pantas masa berlalu. Pertengahan Ramadan, permulaan tugas baru. Seawal 6.30am mengejutkan mobil yang semalaman nyenyak di garaj. Perjalanan pagi hari dingin, sepi. Mungkin disebabkan ramai yang mula bercuti, almaklumlah 2 minggu lagi aidilfitri. Melapor diri jam 7.00am. Semuanya tenang, dan jam 5.00pm hati berbunga riang. Masa untuk pulang. Hari demi hari berlalu.

Aidilfitri. Buat pertama kali beraya di halaman sendiri. Hanya dengan tujuh orang ahli keluarga, almaklumlah yang sulung sudah berumah tangga. Memang berbeza, tidak sama beraya di kampung atok. Raya yang paling ‘simple and enjoy’. Cuti raya tidaklah lama, adat orang bekerja. Agak lewat tiba. Perjalanan pagi selepas cuti beraya mula sesak, jadi perlu ubah jadual perjalanan supaya ‘punch card’ tepat pada masanya. 6.00am – 6.15am untuk dapatkan waktu 6.45am – 7.00am. Rutin harian kini.

28 Ogos 2013 – Pulang dari kerja. Sampul berlogo Universiti Teknologi Malaysia (UTM), tawaran Sarjana Psikologi Pendidikan. Allahu Akbar! Panas satu badan, tiba-tiba pusing, pening, semua rasa bercampur-baur. Kenapa? Perancangan telah disusun, tapi…

‘Take it or leave it?’ Andai mereka tahu, namun…

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap sesuatu, kerana Dialah pencipta kepada segala sesuatu itu. Rencana Allah, kemudian rencana kita.

"Ya Rahman, ajarkan kami untuk tidak pernah putus asa dari kasihMu, ajari kami untuk selalu berharap yang terbaik dariMu, ajari kami untuk berani bercita-cita & merencanakan hidup yang indah bersama orang-orang mulia."


***
Kau ciptakan malam -aku nyalakan pelita
Kau ciptakan lempung -kubentuk piala
Kau ciptakan belantara -kutata taman bunga

~Muhammad Iqbal, Payam-i-Mashriq~ 
[Salim A. Fillah, Jalan Cinta Para Pejuang]

No comments:

Post a Comment