Bismillahirrahmanirrahim...

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat Mu yang Engkau kurniakan kepadaku & kepada ibu bapaku, & supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redoi. Perbaikilah keturunanku. Sesungguhnya aku b'taubat kpd Mu & sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri." [al-Ahqaf:15]

Sunday, 1 September 2013

Belajar Dari Si Kecil.


“Janganlah..!!!”, jerit si kecil kepada kakak dan abangnya. Barangkali terasa dirinya dibuli. Teringat zaman kanak-kanak dahulu, tidak sah rasanya jika tidak bergaduh. Hrm..itulah di antara proses membesar dan menuju kematangan. Apa yang boleh dapat daripada gaduh-gaduh ini? Gaduh-gaduh manje. ^^, Pertama, lebam-lebam akibat dipukul, mungkin digigit. Kedua, cedera sebab jatuh akibat ditolak. Ketiga, menangis kerana ‘tension’ sangat, dan pelbagai lagi. ^^

Sebenarnya banyak yang positif. Apa ya? Antaranya, tolak ansur. Kenapa? Haa, selalu gaduh-gaduh, mesti ibu suruh kakak atau abang beralah dengan adik. Bukankah itu dikira tolak ansur? “Tak adillah, asyik kakak je yang kena beralah.” “Laa..kan kakak dah lahir dulu sebelum adik, tak gitu?” =P ‘Whatever’.

Selain itu, kerjasama. Bagaimana pula boleh wujud kerjasama?”Dok gaduh aje, tang mana datangnya kerjasama tu?” Haa!! Bila bergaduh, ibu ‘warning’, waktu itu, untuk mengelak daripada mendapat habuan (-) daripada ibu, mesti perlu bekerjasama, tolong menolong. Barang-barang yang tercampak sana sini masa bergaduh dikemas bersama. Waktu begini, “Apa yang penting?” “Kerjasama!!”. Dengan itu, dapat pula habuan (+) daripada ibu. Senyum lebar lagi. ^^, Ketiga, bertambah sayang. Huraian untuk ‘point’ ini perlu dihurai sendiri. J Sesuatu yang lebih ‘best’ lagi adalah kenangan bila dewasa nanti.

Berbalik kepada cerita si kecil. Memerhati gelagat anak-anak kecil ini, lucu rasanya, geram pun ada. Asyik bergaduh, yang si kakak tidak mahu beralah, yang abang asyik mentertawakan si adik yang menangis. “Haish, mana ibunya ni?” Akibat ‘tension’ yang teramat sangat mungkin, si kecil terduduk sambil menangis tersedu-sedu. “Aduh!!! syahdunya. Kesian la plak.” Tiba-tiba, si kecil menadah tangan, lalu..

“Ya Allah, tengok kakak ngan abang..tolong adik..ya Allah….…”, rintih si kecil. Panjang lebar adunya dan ada terselit permintaan agar Allah menunaikannya. Terkaku sendiri melihat si kecil mengadu pada Ilahi. Kalau ikut logiknya, apalah sangat si kecil yang baru pandai bercakap ini tahu, apatah lagi untuk mengerti. Masih lagi menyusu. Botol susu pun ibu yang cucikan. Hrm..Kita yang dewasa ini? Allahu Rabbi!!! Susah sungguh, nak sebut satu kata pun susah, bagaimana mahu mengadu pada Allah. Entah ingat entah tidak.

Ya! kita manusia, sering lupa, tak dinafikan, tetapi tidak mungkinlah tiada masa langsung dengan Dia. Bukan perlu masa yang lama pun. Sambil ‘drive’ ke tempat kerja, ke kuliah dan apa jua urusan harian, kita boleh berbual dengan Dia. Tidak perlu tikar sejadah pun. Celik biji mata, ucapkan, “Alhamdulillah”? Mudah bukan? Adakah terlalu susah untuk kita ingat kepada Dia? Susahkah untuk kita katakan terima kasih kepadaNya? Allah!! Berbual dengan ‘cik adik’ boleh pula lama, bermesej dengan ‘cik abang’ boleh pula sampai tidak buat kerja. “Tqv2m dear..”. Allah, manisnya.

Habis, bila masanya dengan Allah? Bila susah? Gundah?? Allah, nasib baiklah masih ingat, tetapi adakah waktu susah sahaja ingat Allah? Apabila gundah baru mahu minta pada Allah? Bukankah senang itu kurniaan Allah? Bahagia itu kerana Allah. Dia yang mengurniakan segalanya. Biasa dengar, “al-kalam al-du’a’”, “kata2 itu doa”? Susahkah untuk b’kata? Bukankah hobi suka bercerita??? Allah!! Ubat yang paling mujarab itu adalah doa. Ia mencegah, m’ubat, menolak, m’hilangkan, meringankan, ia senjata. Rasulullah saw b’sabda, mafhumnya:
Kewaspadaan tidak akan bermanfaat untuk menolak takdir, sedangkan doa, akan bermanfaat atas apa yang sudah terjadi ataupun yang akan terjadi. Sungguh, jika bencana turun, lalu ia berhadapan dengan doa, maka keduanya akan bersaing hingga hari kiamat datang.”
                                                                                 [HR.Hakim]

Muhasabah diri. Allah sentiasa memberi peluang. Tinggal kita sahaja untuk mengambil tindakan. Berubah, mohon kepadaNya agar dikuatkan hati, mohon kepadaNya agar kita tidak lupa Dia, mohon kepadaNya agar dihantarkan kepada kita tentera-tenteraNya agar kita sentiasa ingat Dia, mohon kepadaNya untuk segala-galanya. Allahu Akbar! aku hambaMu yang doif. Ajari aku.

No comments:

Post a Comment