Bismillahirrahmanirrahim...

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat Mu yang Engkau kurniakan kepadaku & kepada ibu bapaku, & supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redoi. Perbaikilah keturunanku. Sesungguhnya aku b'taubat kpd Mu & sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri." [al-Ahqaf:15]

Tuesday, 6 November 2012

Mengejar Sempurna ~ Kau & Aku Bersamanya Seiringan


Ya Allah, kiranya Rasul Mu hidup bersahabat, kurniakan jua aku sahabat,,




alam kaku
bagai  diwarnakan
putih hitam kelabu
hingga tiba
terbitnya mentari
yang dihias pelangi
melengkapi sebuah perjalanan
kau dan aku bersamanya seiringan
*berlari ke impian
terbang ke puncak awan
andai jatuh tersimpuh
lantas kau hulur tangan
bersama kita bangun
teruskan kehidupan
mengejarkan sempurna
hingga capai angkasa
namun kan hilang makna
andainya kau tiada
walau derasnya masa
segalanya tak kan berubah
zahirnya ketetapan
pasti akan ada pasang
pasti akan ada surutnya
kala kita teruji
disitulah letaknya erti
erti sebuah kesetiaan
ulang *


Saturday, 29 September 2012

Suci dari noda


Alpa!
Lupa!
siapa diri kita?
MANUSIA?
Siapa yang mencipta kita?
Ya,,
Dia Sang Pencipta!
siapa kenal Dia?
siapa cinta Dia?
jika benar cinta itu ada
mana buktinya?
Mana??
begitu murah nilainya nyawa
mudahnya menyerah jiwa raga
rendahnya martabat ibu bapa
angkuh!
andai haiwan kasihkan anaknya
menagapa tidak manusia?
Mana cinta?
Mana sayangnya?
andai hanyut ke lembah hina
asyik dengan dunia
wanita, harta, darjat
lupa pada yang Esa
lupa janji di suatu ketika
saat lafaz cinta
menyaksikan Dia satu-satunya
dan Muhammad itu pesuruhnya
Mengapa?
Khianat!
Bagaimana?
mana mungkin terpahat di hati
andai saat pertemuan indah
detik malafazkan rasa cinta
diabai! dilupa!
ayuh!
lafazkan rasa cinta
asyhaduallailahaillallah wa
asyhaduannamuhammadarrasulullah
mengadulah pada Dia
di setiap sujud
di kala munajat
pasakkan nilai kehambaan
rintihlah pada Dia al-Rahman
pada Nya kasih dan sayang
pada Nya keampunan
kembali kepada fitrah
suci dari noda
Allahu Akbar!



24 Sept ’12 9:25pm
at Skudai ^^

Thursday, 27 September 2012

P.E.L.A.N.G.I anugerah Tuhan.


berjalan tanpa henti
pada kesibukan desa
di damai kota raya
manusia dengan ragamnya
hiruk pikuk kehidupan
suram yang dipendam
di suatu sudut sepi
menyendiri
mencari erti
ini kehidupan!
leka mata memerhati
senyum tawa tiada lagi
apa semua ini???
waris yang kehilangan
harta tidak bertuan
tanah lapang kering kontang
musnah kehidupan
masihkah ada sinar???
siang yang gelap penuh keraguan
sedang dunia Dia ciptakan
segalanya Dia aturkan
manusia diberi akal
agar kenal Sang Pencipta
cinta kepada Nya
cinta kekasih-Nya
tanah tandus kan bertukar
dingin air mengalir tenang
ikan menyisir rumput rampai
di balik awan kebahagian
pelangi anugerah Tuhan.


24 Sept ’12 5:40pm
at UTM Skudai ^^


Wednesday, 1 August 2012

Keunikan Perumpamaan Al-Quran Melalui Elemen Alam Semulajadi: Air Hujan

 
                Alhamdulillah, samada sedar atau tidak, kini kita telah pun berada pada fasa ke-2 Ramadhan. Jika sebelum Ramadhan, kita pohon pada Allah, “Allahumma ballighna Ramadhan”, maka sesungguhnya Allah telah memakbulkannya, kita telah pun sampai ke bulan Ramadhan. Sekarang kita pohon pula untuk sampai ke pengakhir Ramadhan, namun sejauh mana usaha kita dalam meraikan Ramadhan? Apakah sekadar semangat ke bazar Ramadhan? Mungkin juga semangat menanti 1 Syawal setelah Ramadhan. Renung-renungkan.

                Sudah agak lama tidak meng’update’ SiFiR HiDuP. Alhamdulillah, diberikan ruang untuk berkongsi serba sedikit, semoga ianya bermanfaat kepada semua, terutamanya diri ini yang serba dhaif. Apa yang ingin disampaikan, sepertimana yang tertera pada tajuk di atas. Di bulan yang mulia ini, diuji sedikit oleh Allah s.w.t. dengan cuaca yang panas. Tidak dinafikan hujan lebat di sesebuah kawasan dan ada yang dilanda banjir, namun sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita mengambil pengajaran di atas setiap apa yang berlaku.

                Keunikan perumpamaan al-Quran melalui elemen alam semulajadi yakni air hujan. Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Ra’d, ayat 17:


أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَسَالَتْ أَوْدِيَةٌ بِقَدَرِهَا فَاحْتَمَلَ السَّيْلُ زَبَدًا رَابِيًا وَمِمَّا يُوقِدُونَ عَلَيْهِ فِي النَّارِ ابْتِغَاءَ حِلْيَةٍ أَوْ مَتَاعٍ زَبَدٌ مِثْلُهُ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الْحَقَّ وَالْبَاطِلَ فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاءً وَأَمَّا مَا يَنْفَعُ النَّاسَ فَيَمْكُثُ فِي الأرْضِ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الأمْثَالَ (١٧)


"Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit, maka mengalirlah air itu di lembah-lembah menurut ukurannya, maka arus itu membawa buih yang mengambang. Dan dari (logam) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat, ada pula buihnya yang seperti buih arus tersebut. Demikianlah Allah membuat perumpamaan tentang yangbenar dan yang batil. Adapun buih akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada gunanya, tetapi bermanfaat bagi manusia, akan tetap ada di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan.”                                          
                                                                                                                                                                                                           
    Untuk menjelaskan kepentingan hak dan batil, Al-Qur'an menggunakan hujan sebagai perumpamaan. Ketika air hujan itu turun dari langit, ia mencucur dalam keadaan bersih. Kemudian ketika mengalir di permukaan bumi, air itu menjadi kotor kerana lumpur dan berbagai kotoran yang terdapat di atas tanah. Terkadang kotoran tersebut berubah menjadi buih. Ketika air hujan itu mengalir sampai ke lembah-lembah, maka buihnya hilang sedikit demi sedikit dan kembali menjadi bersih.

      Hak dan batil seperti air tersebut. Sementara buih-buih yang kotor diperumpamakan sebagai kebatilan dan air suci yang mengalir sebagai hak dan kebenaran.

Saturday, 7 July 2012

Diari Sifir Hidupku – EPISOD: “..... ,, **K dah hilang telinganya”.


            Tidak lagi bersama si angkut-angkut. Musafirku kali ini bersama teman setia seperjalanan. Cuti semester, meninggalkan anak-anak kesayangan dan hiruk pikuk alam persekolahan. Berat hati meninggalkan mereka. Kenapa ya?? Hrmm.. Aku kan Si Batu. Yes, “Aku Si Batu”. ^^’

            Okay. Melewatkan hari untuk pulang ke kampung halaman bukanlah hasratku, tetapi ada perkara yang perlu aku selesaikan sebelum keberangkatanku dan menemani rakan senegeri adalah salah satu misi perjalanan kali ini. Memandu melebihi 80km/jam menyebabkan ada ‘something’ yang berlaku pada tayar kereta rakanku itu. Oleh itu, aku membuat kesimpulan, perjalanan pulang ke negeriku akan mengambil masa lebih daripada 5 jam ditambah lagi jalan yang dilalui bukanlah jalan kebiasaan yang aku gunakan.

            ‘1si time’ lalu lebuh raya tidak menggunakan ‘aircond’. Memandu dengan sangat santai sambil menghirup udara segar, tiba-tiba hujan lebat, cermin dinaikkan, ‘on’ aircond, penglihatan ditajamkan dan fokus dalam pemanduan. Kabur, tidak nampak jalan, ‘drive slowly’, ‘and then’…

            ‘Emergency break’, agak tidak membantu. Hujan yang lebat dan permukaan jalan yang licin menyebabkan teman setiaku terbabas. “Allahu Akbar, ke gaung aku ni..”, dan … memanjat semula saliran air, menarik hand break, terpaku…

            Ring..ring..ring!!! Hand phone?? Mana?? Tercampak di kaki.
                        “Awak katne? Akak tak nampak awak pun”.
                        “Belakang akak, terbabas, kat tepi ni”.
                        “Awak okay tak?”                              
                        “Saya okay, tapi **K dah hilang telinganya"
                        “Ya Allah..akak Nampak **K awak dah cacat sebelah. Okay tak ni nak terus jalan?”
                        “Okay, tapi jap saya nak check dulu”.
                        “Okay!”

            Dalam jarak tiga buah kereta dihadapan kami terdapat sebuah kereta  yang ‘accident’ merintang jalan, hasilnya…itulah yang terjadi. Di mana telinga **K ya?? Hujan masih lebat, keluar melihat keadaan teman setiaku ini. Yes, tiada telinga yang tercicir di atas jalan raya, bermakna telinga **K terkubur di dalam gaung. Meneruskan perjalan dengan keadaan seadanya **K.

            Tiba di rumah, A – Z story telling. Haha ^^’ I look I look I see..la..la..la.. Bukan telinga **K sahaja yang telah cacat, kakinya juga. Kata seorang sahabat, “Kesian **K cedera lagi”. **K sudah biasa cedera, tapi pengalaman kali ini lain daripada yang lain. Alhamdulillah, Allah masih beri peluang dan ruang. Teringat sebuah lagu “Ingat 5 sebelum 5”, oleh kumpulan nasyid Rabbani.

                         “Waktu LAPANG buatlah, amalan sebelum SIBUK pelbagai urusan, 
                              isilah dengan amal kebajikan, menuntut ilmu dan baca al-Quran
                         Waktu SENANG beringatlah, sebelum tiba waktunya SUSAH jika datang  
                              ancaman musibah, mampu bersedia selesai masalah
                    Bila SIHAT jagalah badan, sebelum derita SAKIT tak keruan, kawallah makan                                              untuk kesihatan, ringan ibadah nak dikerjakan
                    Jika KAYA bermurah hati, dapat pahala menolong orang, jikala MISKIN apa                                               pun tak ada
                    Waktu kita HIDUP di dunia, sediakan bekalan sebelum MATI, walaupun susah                                            banyak halangan tabah dan sabar, Allah kan sayang”,,


Sebuah lagi lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Raihan yang bertajuk “Demi Masa”,,
                        “Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara,,
                            SIHAT sebelum SAKIT,,
                            MUDA sebelum TUA,,
                            KAYA sebelum MISKIN,,
                            LAPANG sebelum SEMPIT,,
                            HIDUP sebelum MATI”,,

Muhasabah diri. HasbunAllah wa nikmalwakil.


Wednesday, 4 July 2012

Biarlah tersiksa dek K.E.B.E.N.A.R.A.N daripada bahagia dilitupi K.E.P.A.L.S.U.A.N.


arghh!!!
petang dingin yang membengangkan
kusut!
janji yang tak ditepati
mengelamkan masa hadapan
cahaya seakan padam
namun aku sedar
aku masih punya Dia
Dia yang menentukan segalanya
bukannya mereka
buat apa dirisaukan
jika kau telah menyaksikan
kehebatan Dia pencipta alam
Dia segalanya
pada Nya segala urusan ku serahkan
dan kau juga
nyah kan lamunan
hapuskan duka dan gusar
ia hanya membuatkan kau terbeban
sedang jalan masih panjang
hidup bukan untuk mati
tapi mati itu untuk hidup
apa sudah cukup bekalan?
usah pandang kiri dan kanan
telusuri diri tanya akan hati
apa masih hidup lagi
atau mati setelah dinodai
tak guna terpana tanpa sedar kembali
tak guna berguguran manik jernih ke pipi
sememangnya kita pelakon di pentas dunia ini
lakonan terhebat adalah yang tak disedari
yang menyebabkan ramai yang mati
biarlah tersiksa dek kebenaran
daripada bahagia dilitupi kepalsuan


04 July ’12 6:10pm
at HOME ^^