Tidak
lagi bersama si angkut-angkut. Musafirku kali ini bersama teman setia
seperjalanan. Cuti semester, meninggalkan anak-anak kesayangan dan hiruk pikuk
alam persekolahan. Berat hati meninggalkan mereka. Kenapa ya?? Hrmm.. Aku kan
Si Batu. Yes, “Aku Si Batu”. ^^’
Okay.
Melewatkan hari untuk pulang ke kampung halaman bukanlah hasratku, tetapi ada
perkara yang perlu aku selesaikan sebelum keberangkatanku dan menemani rakan
senegeri adalah salah satu misi perjalanan kali ini. Memandu melebihi 80km/jam
menyebabkan ada ‘something’ yang berlaku pada tayar kereta rakanku itu. Oleh
itu, aku membuat kesimpulan, perjalanan pulang ke negeriku akan mengambil masa
lebih daripada 5 jam ditambah lagi jalan yang dilalui bukanlah jalan kebiasaan
yang aku gunakan.
‘1si
time’ lalu lebuh raya tidak menggunakan ‘aircond’. Memandu dengan sangat
santai sambil menghirup udara segar, tiba-tiba hujan lebat, cermin dinaikkan,
‘on’ aircond, penglihatan ditajamkan dan fokus dalam pemanduan. Kabur, tidak
nampak jalan, ‘drive slowly’, ‘and then’…
‘Emergency
break’, agak tidak membantu. Hujan yang lebat dan permukaan jalan yang licin
menyebabkan teman setiaku terbabas. “Allahu Akbar, ke gaung aku ni..”, dan …
memanjat semula saliran air, menarik hand break, terpaku…
Ring..ring..ring!!!
Hand phone?? Mana?? Tercampak di kaki.
“Awak
katne? Akak tak nampak awak pun”.
“Belakang
akak, terbabas, kat tepi ni”.
“Awak
okay tak?”
“Saya
okay, tapi **K dah hilang telinganya"
“Ya
Allah..akak Nampak **K awak dah cacat sebelah. Okay tak ni nak terus jalan?”
“Okay,
tapi jap saya nak check dulu”.
“Okay!”
Dalam
jarak tiga buah kereta dihadapan kami terdapat sebuah kereta yang ‘accident’ merintang jalan,
hasilnya…itulah yang terjadi. Di mana telinga **K ya?? Hujan masih lebat,
keluar melihat keadaan teman setiaku ini. Yes, tiada telinga yang tercicir di
atas jalan raya, bermakna telinga **K terkubur di dalam gaung. Meneruskan
perjalan dengan keadaan seadanya **K.
Tiba
di rumah, A – Z story telling. Haha ^^’ I look I look I see..la..la..la.. Bukan
telinga **K sahaja yang telah cacat, kakinya juga. Kata seorang sahabat,
“Kesian **K cedera lagi”. **K sudah biasa cedera, tapi pengalaman kali ini lain
daripada yang lain. Alhamdulillah, Allah masih beri peluang dan ruang. Teringat
sebuah lagu “Ingat 5 sebelum 5”, oleh kumpulan nasyid Rabbani.
“Waktu LAPANG buatlah, amalan sebelum SIBUK pelbagai
urusan,
isilah dengan amal kebajikan, menuntut ilmu
dan baca al-Quran
Waktu
SENANG beringatlah, sebelum tiba waktunya SUSAH jika datang
ancaman musibah, mampu bersedia
selesai masalah
Bila
SIHAT jagalah badan, sebelum derita SAKIT tak keruan, kawallah
makan untuk kesihatan, ringan ibadah nak
dikerjakan
Jika
KAYA bermurah hati, dapat pahala menolong orang, jikala MISKIN
apa pun tak ada
Waktu
kita HIDUP di dunia, sediakan bekalan sebelum MATI, walaupun
susah banyak halangan tabah dan sabar,
Allah kan sayang”,,
Sebuah lagi lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Raihan
yang bertajuk “Demi Masa”,,
“Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara,,
SIHAT
sebelum SAKIT,,
MUDA
sebelum TUA,,
KAYA
sebelum MISKIN,,
LAPANG
sebelum SEMPIT,,
HIDUP
sebelum MATI”,,
No comments:
Post a Comment