Bismillahirrahmanirrahim...

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat Mu yang Engkau kurniakan kepadaku & kepada ibu bapaku, & supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redoi. Perbaikilah keturunanku. Sesungguhnya aku b'taubat kpd Mu & sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri." [al-Ahqaf:15]

Friday, 25 May 2012

Aku, Kamu & Guru Itu..


Hari ini..
tidak ku dengar lagi tawa riamu
tidak lagi ku lihat senyum di bibirmu
tidak pula bersama dalam tiap langkahmu
kerana kita..
tidak lagi seperti dahulu
bersama dalam tiap perjalanan yang penuh liku
bukan hanya aku dan kamu
tapi juga guru itu
yang mengajar kita erti persefahaman
yang merapatkan jurang perbezaan
dan mengalirkan lautan kasih sayang
masihkah kau ingat lagi
tika mula kita bertemu
saling bertentang mata
saling bertegur sapa
lalu kita sepakat bersatu
seperti satu keluarga
ingat tak lagi
kita makan satu meja
tidur beratapkan bumbung yang sama
tangis, ketawa, suka dan duka
kita kongsi sesama kita
ingat tak
masa kita tak sependapat
masing-masing bertegang urat
tapi akhirnya kita sepakat
persahabatan kita bertambah erat
akhirnya..
aku dan kamu
meninggalkan guru itu
bukan kerana niatku
bukan juga salahmu
tapi..
itulah suratan takdir Nya
setiap pertemuan pasti ada perpisahan
setiap persahabatan diuji kesetiaan
hanya terima kasih yang mampu ku ucapkan
ku tinggalkannya dengan seribu kenangan
dan kamu dalam ingatan
terima kasih guru
terima kasih teman-teman..


20 Jun 2008 - 7.55 pm
Charlie’s Memory

***
..Di malam yang hening ini, tiba-tiba satu per satu wajah sahabat-sahabat & guru-guruku muncul di benak fikiranku. Teringat kembali zaman persekolahan dulu. Lalu buku biru yang menjadi saksi warna-warni kehidupan aku dan mereka dibuka lembarannya satu demi satu. Terhenti di laman ini, Aku, Kamu & Guru Itu. Ku lihat ianya bertarikh 20 Jun 2008, jam 07:55 pm. Nampaknya sudah terlalu lama aku tidak bermadah pujangga. Cuba untuk mengarang sesuatu, tetapi buntu. Arghh..aku butuh waktu.. @@

Monday, 7 May 2012

Diari Sifir Hidupku – EPISOD: Perjalanan diteruskan.


            Masih lagi bersama Si Angkut-angkut. Dari satu perhentian ke satu perhentian yang lain, bertukar bas. Bas yang terakhir dinaiki melalui perjalanan yang agak lama berbanding yang lain. Langit kelam dan rintik hujan hampir melenakan. Terkebil-kebil. Arghh..titis-titis air dari bumbung bas. Resah. Melihat penghuni Si Angkut-angkut, tersenyum sendiri. Nun di belakang sepasang mata sedang memerhati. Mata itu!!! Sepertinya ku kenal sekali. Sahabatku. Ya, sahabat yang tidak mungkin ku temu lagi di sini.

            Tunduk, sayu. Menoleh ke kaca jendela. Terbayang saat-saat indah tika bersama sahabat itu. Manis sekali. Semanis kurma. ^^ Pandangan melilau. Mencari sesuatu. Di sebelah tempat dudukku, dua orang mak cik sedang ke kiri ke kanan mengelak titis-titis air. Bangun seorang pak cik menggantikan tempat dua mak cik tersebut. Wah, bagusnya! Tabik spring la pak cik.
            Di hadapanku seorang mak cik, mungkin dalam lingkungan 50-an. Cuba menyapa matanya. Tidak tersinggah. Biarlah. Mungkin dia tidak ingin diganggu. Arghh..jiwa kacau. Melilau dan terus melilau. Station Bus terakhir. Memilih Si Angkut-angkut atau taxi pungut? Masih pilihan yang sama. Si Angkut-angkut telah menanti. “Mari..mari..mari..bla..bla..bla!”, teriak pak cik bas. Menyegerakan ayunan langkah. Tidak betah untuk ku menanti Si Angkut-angkut yang lain. Mungkin setengah jam lagi atau satu jam, lebih dari dua jam juga barangkali.
            Arghh..pak cik terlajak sudah. Terima kasih pak cik. Menanti sesuatu yang belum pasti membuatkan bosan dan buntu. Ke kiri ke kanan, akhirnya membelakangkan kesibukan jalan itu. Siang hampir melabuhkan tirainya, begitu juga deretan kedai di sini. Malam mula membuka tirai. Kereta putih itu berhenti. Terima kasih. Akhirnya tiba ke destinasi. Rumah kosong tiada penghuni. Gelap dan sunyi. Aku seorang diri. ???


                                                                                                                        …bersambung>>>

Diari Sifir Hidupku - EPISOD: Musafirku bersama Si Angkut-Angkut

Buat pertama kalinya Sifir Hidup punya Diari. ^^ Episodnya, Musafirku bersama Si Angkut-Angkut. Angkut-angkut itu apa ya?? Sejenis binatang??

Beginikah >> Angkut-angkut ^^ 
                                                                                    Boleh search yang lain by Google ok! ^^'

            Angkut-angkut yang dimaksudkan bersama musafirku adalah sebuah BAS. Ya, sebuah bus transit yang lama. “Bas PAPAN”, bak kata sahabatku ketika dibawa ronda-ronda kampung halamanku sewaktu kedatangan mereka ketika di tahun pertama pengajianku. ^^ Hari ini aku pula merasa menaiki “bas papan” itu di tempat orang. Menghirup udara yang telah bercampur dengan pelbagai ramuan membuatkan tekak terasa loya, itulah bas kota raya, kawasan perindustrian.

6 Mei 2012 >>
            Buat pertama kalinya menaiki bas angkut-angkut dengan perjalanan yang sebegini jauh. 8 jam perjalanan. Boleh sampai ke Pantai Timur. ^^’ Sengaja memilih transport ini, boleh melihat daerah orang, mencuci mata dan mengubat jiwa. Puas! Melihat alam ciptaan-Nya. Hijaunya pepohon dan birunya langit sangat menenangkan. Terima Kasih Tuhan! Melihat keletah di sekeliling, ibarat sebuah drama yang berpanjangan, sinetron dari seberang barangkali.
            Di luar bas, hujan renyai-renyai. Di sebalik belantara pohon renek, ku lihat lebuh raya Kuala Lumpur – Johor Bahru. Tunggangan besi atau stainless steel, emas putih dan sebagainya berlumba-lumba untuk tiba ke destinasi yang dituju. Lagaknya seperti tempat yang ingin dituju itu akan lenyap jika terlewat. Kasihan tunggangan besi.
            Penantian satu penyiksaan. Tidak dinafikan, namun amatlah bahagia apabila penantian itu dinikmati. Melihat anak kecil yang berlainan bangsa mesra bermain lopak air. Lumpur coklat likat itu dilanggar dengan basikal. Riang pabila lopak itu berombak, percikannya membasahi jalan tar yang kusam itu. Di hadapanku seorang anak perempuan kecil bersama ayahnya menunggu giliran menggunting rambut. Sunyi pekan ini, barangkali cutinya begini.
            Dia tersenyum. Manis sekali. Maaf jika senyumanku kelat. Bukanlah mahu menyinggung perasaanmu, namun naluri manusiaku yang serba lemah ini masih terpenjara dek perasaan dan tekanan yang menyinggah. Terima kasih jika kau tidak peduli. Memandang ke luar jendela bas, hujan masih renyai-renyai. Cermin itu membiaskan wajah si pemandu bas. Tenang wajahnya. Tett!! Loceng bas ditekan, tanda ada yang sudah tiba di destinasinya. Beberapa orang warga asing. Bas berhenti. Baru seorang yang turun, si pemandu dah menekan minyak. Opp!! Opp!! Jerit mereka. Barangkali si pemandu sudah muak bermain dengan foreigner ini. Perjalanan diteruskan.
                                                                                                                        …bersambung >>>



Saturday, 5 May 2012

..Aku Si Batu.. 2>>


Minggu pertama di sekolah>>>
>>> The 1st day…
            Dua buah kereta asing tiba di parking lot sekolah. Seorang demi seorang keluar. “Siapa tu??”, mungkin itu dalam fikiran mereka. Kelihatan ada yang berbisik sesama mereka. Kami tersenyum. Melangkah dengan penuh yakin sambil menyapa tiap mata yang menyinggah pada pandangan kami. Cuba mencari sesuatu. Kata orang, dari mata jatuh ke hati. Inilah anak-anak kami. Hala tuju >>> PEJABAT SEKOLAH!
            “Mari ke perhimpunan, lepas perhimpunan nanti baru jumpa pengetua”, ajak PK 
            Hem sekolah. Setelah perhimpunan >>>
            “Apa visi U**? Misi?”.
            Dushh.. Satu tembakan. Haha ^^’
            “Kamu berada di sekolah ini, jadi kamu harus tahu apa visi dan misi sekolah ini. 
            Bila-bila masa saya akan soal”.
Itulah pengetua. Tegas orangnya. Berkenalan dengan semua kaki tangan sekolah, dari pejabat ke bilik guru, langsung ke sekitar sekolah.
           
            1st week yang tidak perlu ke kelas. Minggu orientsi. Boleh juga dikatakan minggu observation. Semuanya berjalan lancar. Tiada masalah??? Of course ada, 1st week kan, normal lah tu, tapi still boleh tersenyum. ^^ Dalam 1st week ni juga dah masuk meeting. Very busy this school. Pelbagai program, so sudah nampak bayangan masa depan. Kami tersenyum.

            Jadual kelas sudah dapat. Sudah diberikan badan beruniform masing-masing. Sudah dipertemukan dengan guru pembimbing. Menanti hari bertemu anak-anak di kelas.

2nd week >>>
>>> Isnin…
          Perhimpunan sekolah.
         “Sekolah kita telah didatangi empat orang guru praktikal.Dijemput  memperkenalkan diri, Cik …”, pengumuman daripada PK Hem.
Tergamam seketika. Seorang demi seorang memperkenalkan diri. Starting from this time…
            “Assalamualaikum cikgu!”.
            “Selamat sejahtera cikgu!”.
            ^^

1st class…
>>> ???xxiiiiii…………
aHa?? >>>
>>> Selesai mengajar, melangkah ke bilik guru. Tiba sahaja di bilik guru…
            >>> chot..chet..chot..chet..chot..chet..
>>> Meeting guru-guru praktikal. Menyusun strategi untuk kelas seterusnya. It looks terrible, right? Haha. Tidaklah sedahsyat mana, but still perlukan strategi untuk menyelesaikannya, supaya kelas lepas ni happy. Opss..tak happy ke?? Of course la happy, tapi nak jadikan kelas lebih happy. ^^

Next station>>>
                                                                                                          …bersambung>>>

..Aku Si Batu.. 1>>


 “Se ni ibarat batu kek topi laut tu. Kamu sumo ni ibarat Si Camar, yang datang dok monggek kek ateh Si Batu, lopeh tu poie ntah ko mano. Poie la mano nak poie, tghobang la ko mano ajo, Si Batu tak halang doh, biar pon Si Camar kadang kalo ningga an taik, tapi bagi Si Batu, alah biso, toga biaso. Sok Si Camar datang laie, tapi bukan Si Camar yang samo, kok samo pon, Si Batu totap teghimo. Camtu la se. Ghini sumo ado dopan se, sok luso, ntah ko mano poie. Poie la ko mano nak poie. Kok ko bulan, jgn lupo gapai bintang, bukan untuk se, tapi untuk maso dopan kamu sumuo. Taknak pandang ko bawah takpo, se tak kocik ati doh, se doa sumo e bojayo. Sapolah se ni?? Si Batu yo…”


            Teringat kata-kata cikgu Math masa sekolah dulu. Rindu saat itu. Bak kata seorang guru, “Anak-anak mahu membesar…” Pelbagai ragam, pening kepala cikgu-cikgu. Cikgu kata begini, kita kata begitu. Cikgu minta buat ini, kita buat yang itu. Cikgu kata, “Tak boleh!!!”, kita kata, “Cikgu…boleh la…please!!!”. “Salah ni…”, kata cikgu. “Betullah cikgu, ok ap?...”, kata kita pula. Itulah kita. ^^ Sabar betul cikgu-cikgu. Kalaulah cikgu-cikgu tak sabar masa itu, entah di mana kita sekarang kan??? Hrm..

            Teringat pula pesanan seorang ustaz yang mesra dengan panggilan ayahanda dan kami adalah anakanda-anakandanya. Katanya, “Kun ‘Aliman, au Muta’alliman, au Mustami’an, au Muhibban, wala takun al-Khamis, fa tuhlak!!!” “Jadilah kamu orang yang alim yakni orang yang memberikan ilmunya, atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang mendengar ilmu, atau orang yang mencintai ilmu, dan jangan jadi yang ke lima, maka celaka bagi engkau. Sudah lah taknak jadi ‘Alim, belajar pun tak mahu, di ajak ke majlis ilmu, menolak, malah benci pula dengan ilmu, binasa jadinya. Rosak hidupnya.”, hurainya lagi. Syukran ayahanda!!! Ku abadikan ia dalam lembaran hidupku.

            Al-Fatihah buat dia. Dia yang melakar warna-warna itu dalam hidupku. Dia yang membuatku berfikir kembali siapa aku. Biar tiada lagi di dunia ini, namun ada dia di hati ini. Dia murabbi. Berkati dia, ya Allah. Terima kasih ustazah!

            Sudah sekian lama tidak ketemu mereka. Sibuk sangatkah aku sehingga tidak sempat menziarahi mereka? Bahkan bertanya khabar pun, tidak. Ya Allah, jaga mereka. Aku sayang mereka. Sayang sangat-sangat. Aku rindukan mereka. Rindukan kata-kata mereka, gelak tawa dan air mata, teguran mereka. Rindu sangat… Ya Allah, berkati mereka. Berkati kami semua. Aku ingin seperti mereka.
*****

19 March 2012
Bermulanya di sini...
Mampukah aku setabah guru-guru itu???

                                                                                                                       …bersambung >>>