Beginikah >> Angkut-angkut ^^
Boleh search yang lain by Google ok! ^^'
Angkut-angkut
yang dimaksudkan bersama musafirku adalah sebuah BAS. Ya, sebuah bus transit
yang lama. “Bas PAPAN”, bak kata sahabatku ketika dibawa ronda-ronda kampung
halamanku sewaktu kedatangan mereka ketika di tahun pertama pengajianku. ^^
Hari ini aku pula merasa menaiki “bas papan” itu di tempat orang. Menghirup
udara yang telah bercampur dengan pelbagai ramuan membuatkan tekak terasa loya,
itulah bas kota raya, kawasan perindustrian.
Di
luar bas, hujan renyai-renyai. Di sebalik belantara pohon renek, ku lihat lebuh
raya Kuala Lumpur – Johor Bahru. Tunggangan besi atau stainless
steel, emas putih dan sebagainya
berlumba-lumba untuk tiba ke destinasi yang dituju. Lagaknya seperti tempat
yang ingin dituju itu akan lenyap jika terlewat. Kasihan tunggangan besi.
Penantian
satu penyiksaan. Tidak dinafikan, namun amatlah bahagia apabila penantian itu
dinikmati. Melihat anak kecil yang berlainan bangsa mesra bermain lopak air.
Lumpur coklat likat itu dilanggar dengan basikal. Riang pabila lopak itu
berombak, percikannya membasahi jalan tar yang kusam itu. Di hadapanku seorang
anak perempuan kecil bersama ayahnya menunggu giliran menggunting rambut. Sunyi
pekan ini, barangkali cutinya begini.
Dia
tersenyum. Manis sekali. Maaf jika senyumanku kelat. Bukanlah mahu menyinggung
perasaanmu, namun naluri manusiaku yang serba lemah ini masih terpenjara dek
perasaan dan tekanan yang menyinggah. Terima kasih jika kau tidak peduli.
Memandang ke luar jendela bas, hujan masih renyai-renyai. Cermin itu membiaskan
wajah si pemandu bas. Tenang wajahnya. Tett!! Loceng bas ditekan, tanda ada yang
sudah tiba di destinasinya. Beberapa orang warga asing. Bas berhenti. Baru
seorang yang turun, si pemandu dah menekan minyak. Opp!! Opp!! Jerit mereka.
Barangkali si pemandu sudah muak bermain dengan foreigner ini. Perjalanan
diteruskan.
No comments:
Post a Comment