Bismillahirrahmanirrahim...

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat Mu yang Engkau kurniakan kepadaku & kepada ibu bapaku, & supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redoi. Perbaikilah keturunanku. Sesungguhnya aku b'taubat kpd Mu & sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri." [al-Ahqaf:15]

Monday, 7 May 2012

Diari Sifir Hidupku – EPISOD: Perjalanan diteruskan.


            Masih lagi bersama Si Angkut-angkut. Dari satu perhentian ke satu perhentian yang lain, bertukar bas. Bas yang terakhir dinaiki melalui perjalanan yang agak lama berbanding yang lain. Langit kelam dan rintik hujan hampir melenakan. Terkebil-kebil. Arghh..titis-titis air dari bumbung bas. Resah. Melihat penghuni Si Angkut-angkut, tersenyum sendiri. Nun di belakang sepasang mata sedang memerhati. Mata itu!!! Sepertinya ku kenal sekali. Sahabatku. Ya, sahabat yang tidak mungkin ku temu lagi di sini.

            Tunduk, sayu. Menoleh ke kaca jendela. Terbayang saat-saat indah tika bersama sahabat itu. Manis sekali. Semanis kurma. ^^ Pandangan melilau. Mencari sesuatu. Di sebelah tempat dudukku, dua orang mak cik sedang ke kiri ke kanan mengelak titis-titis air. Bangun seorang pak cik menggantikan tempat dua mak cik tersebut. Wah, bagusnya! Tabik spring la pak cik.
            Di hadapanku seorang mak cik, mungkin dalam lingkungan 50-an. Cuba menyapa matanya. Tidak tersinggah. Biarlah. Mungkin dia tidak ingin diganggu. Arghh..jiwa kacau. Melilau dan terus melilau. Station Bus terakhir. Memilih Si Angkut-angkut atau taxi pungut? Masih pilihan yang sama. Si Angkut-angkut telah menanti. “Mari..mari..mari..bla..bla..bla!”, teriak pak cik bas. Menyegerakan ayunan langkah. Tidak betah untuk ku menanti Si Angkut-angkut yang lain. Mungkin setengah jam lagi atau satu jam, lebih dari dua jam juga barangkali.
            Arghh..pak cik terlajak sudah. Terima kasih pak cik. Menanti sesuatu yang belum pasti membuatkan bosan dan buntu. Ke kiri ke kanan, akhirnya membelakangkan kesibukan jalan itu. Siang hampir melabuhkan tirainya, begitu juga deretan kedai di sini. Malam mula membuka tirai. Kereta putih itu berhenti. Terima kasih. Akhirnya tiba ke destinasi. Rumah kosong tiada penghuni. Gelap dan sunyi. Aku seorang diri. ???


                                                                                                                        …bersambung>>>

No comments:

Post a Comment