Bismillahirrahmanirrahim...

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat Mu yang Engkau kurniakan kepadaku & kepada ibu bapaku, & supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redoi. Perbaikilah keturunanku. Sesungguhnya aku b'taubat kpd Mu & sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri." [al-Ahqaf:15]

Thursday, 6 March 2014

Rindu bertandang..

Rindu bertandang..
‘Shopping’ buku mengalahkan ‘shopping’ baju. Masih ingat sahabat yang duduk bersila mengadap buku tunggu aku. Ingat juga sahabat-sahabat yg merayau-rayau tunggu aku keluar dari kedai buku. Masih ingat kata sahabat, "Aini, esok kita datang lagi.", bila aku seolah-olah buntu, jauh sekali berpuas hati. Dan paling ingat kata seorang sahabat, "Akak, boleh tak kita bedah buku-buku yang saya ada? Saya takut nanti kena tuntut kat akhirat." Terkedu. Allah Maha Tahu.
[JJ Taman U - Plaza Angsana – UTM JDT]

Hari ini..
Untuk pertama kali sekejapan di kedai buku. Mengambil buku, ke kaunter bayaran, pulang ke rumah. Kata sahabat di akhir pertemuan, rindu majlis ilmu. Menjelang senja, membuka bungkusan, membelek seketika. Nota ringkas:
- telusuri tafsir al-Quran.
- baca sekurang-kurangnya 10ms al-Quran setiap hari.

Ada nota di sebalik nota, bukan zahirnya semata.
[Seremban; Terminal - Jempol NS: 05 March 2014]

Cerita Cinta AHMAD AMMAR,Grupbuku Karangkraf,


“… pemergiannya adalah sebuah kematian yang menghidupkan!.” –Tuan Haji Ahmad Azam-


**************
Tak salah bermimpi, mujahadah jadi realiti. Tanamkan cita & usaha menggapainya. Biiznillah

Monday, 3 March 2014

Ya Hanana VS Bananana ^_^

Cuti hujung minggu baru-baru ni, meriah dengan kehadiran adik-adik Cyber di rumah. Melayan keletah hingga lewat pagi. Sudah lebih pukul 01:00am, matanya masih segar, sedang yang lain..

“Abang, bangun! Abang, bangun! Abang, bangun!”
zzzz….zz………..z  -_-

Berlari ke dapur, menjengah TV, tengok kakak dan abang tak peduli, dia pun..

“Kak Ngah, Aniq nak tido lah.”, sambil berdiri tegak menghadap Kak Ngah. Muka minta simpati, mahu bermain lagi. Tidak dipeduli. Terus melangkah ke bilik. Apa lagi? Yang lain, cepat-cepat tutup lampu, dan tidur.


Pagi hari sabtu, memang banyak ‘cartoon’. ‘On’ TV3…Bananana




Tiba-tiba si kecil…

“Ya nana! ya nana!! ya nana..”
Gamat satu rumah tercuit keletahnya. =D

“Aqil, ni bukan ya hanana.” =)
“Ya nananana..ya nana..nana.”


HeHeHe.. si kecil baru belajar cakap, dia sudah jatuh cinta dengan Ya Hanana. Kalau dah dibukakan video atau audionya, alamat tak boleh la nak dengar yang lain. Semestinya terus ‘previous splay’ seusai Ya Hanana didendangkan. ^_^ Kalau tak, mulalah si Aqil berdrama swasta =P Hrm, terlebih baik pengaruh “Ya Hanana!” daripada “Bananana..”. Mudah-mudahan lunak hati, terus membentuk budi pekerti. Jom berqasidah!



Betapa beruntungnya kami!

Bukan Beban Yang Tak Tertanggung

susuk itu kaku
lemah, tak berdaya
bukan pada jasad
tapi ruhnya
tidak cukup makan
tiada zat
apatah vitamin buat tambahan
bahkan mendap banyak kotoran
lantas yang di nama qalbi itu
mula menghitam dan makin kelam
beberapa kali kakinya tersadung
dan kepalanya berpinar
dek jatuhnya tepat sasaran
sakit!!! perit!!!
rasa tak ingin melangkah lagi
untuk bangun pun siksa
cukup duduk dalam sakit
lalu tubuh itu di sapa
mengingatkannya akan Tuhan
yang sering berlaku itu
teguran
dan dia hanya menyampaikan
kerna katanya, tiap kita dai’e
yang namanya manusia
khalifah di muka bumi
dia mengingatkan kembali
katanya, seburuk apa pun engkau
tidak tertutup untuk berbuat kebaikan
dipandang susuk tubuh itu
tenang wajahnya
lancar tuturnya
baik akhlaknya
terus dikata, kau memang layak
kau soleh
hati bersih
tidak hairan fikir kau jernih
aku???
semuanya keliru
bicaraku kosong
lantas biarkan aku
dia tertunduk syahdu
bibirnya menyusun kata
mula dia bicara
saudara yang aku kasihi
tafsiran kau kerna jahilnya kita
tampak kau hanya pada mata
sedang pujian itu bagi Dia
antara kau dan aku
aku lebih ke jurang neraka
kerna aku yang bicara
sedang amalku entah di mana
saudaraku
tulus, inginku kita saling bertaut
andai aku jatuh, kau sambut
terus saling berpimpin
menghayun langkah
bukan hanya di dunia
bahkan tika kita di sana
sesungguhnya, saudara
engkau bukan sendirian
ingat sesama
yang engkau lalui
dan aku lalui
siapapun jua
adalah atas kemampuan
bukan beban yang tak tertanggung
bahkan demi cinta agong
sang hamba dan Pencipta nya
sepi membelai jiwa
manik jernih menyapa
ada kekuatan dalam dirinya
dia juga berjurai air mata
kesakitannya kian reda
tangannya disambut mesra
dipapah
melangkah bersama
tangis mereka tanda gembira
semuanya kerna yang Maha Esa


03:00am at Ruang Tamu Rumah
03 March '14/02 JAw '35

Sunday, 2 March 2014

Bila TAHNIAH & TAKZIAH serentak berirama…


27 Okt 2013-Majlis Konvokesyen ke-51

            Sebelum – di saat sahabat-sahabat ber’pre-konvo’, aku tidak merasa apa,malah surat jemputan konvo pun tidak berbaca. Pokoknya tiada semangat mahu berkonvo. Segala perkara berkaitan konvo, tidak lain dan tidak bukan, sahabat- sahabat tolong uruskan.

                                    “Akak, dah cuba jubah konvo belum?”
                                    “Belum,, takde semangat la nak kovo.”
                                    “Biar betul?? dah dapat jubah pon tak semangat lagi??”
                                    “Hrmmm,,,,, maybe masuk dewan nanti baru ada feel.”

         Semasa – “Tak sangka, akhirnya kita kat sini”, bisikku pada sahabat disebelah. Sahabat tersenyum, “empat tahun tu, jangan tak sagka.” Dalam hatiku, “tapi, kenapa aku tak rasa.” Keluar dewan seperti biasa, tiada apa yang berlaku lagak gayanya. Mencari keluarga, demi memenuhi tanggugjawab meraikan mereka.

            Selepas“Dah konvo??”, hati kecilku berbisik, minta kepastian barangkali. Tidak dapat balik pada hari yang sama. Menanti   keesokan hari. Sesi bergambar, merealisasi permintaan ‘family’ yang meminta untuk mengambil gambarku di dinding putih. Beberapa ‘message’ masuk di subuh hening, ‘message’ yang sama, datangnya daripada emak menyatakan hasrat. Usai bergambar, bekejar ke perhetian bas, mengejar masa, jam 4.00pm. Tiba di rumah setelah langit            menggelap. ‘On facebook’ sekejap, menjengah sahabat-sahabat. Melelapka mata. Lebih kurang satu jam, aku dikejutkan.
                                    “Angah, Angah, Atok dah takde”, tutur emak separuh berbisik.

              Entah megapa, secara tiba-tiba, terlintas difikiranku, “Mungkin ini jawapan kenapa aku tak rasa apa untuk konvo.”

Mengubat kelu, meyulam rindu~kembali bekerja~
-- : "Cikgu nak ikut Awan?"
-- : "Awan nak gi mana?" 
-- : "Awan nak gi bintang" 

Memaknai tahun baru. Salam Ma'al Hijrah! Moga baik semuanya. Yg pergi xkan kembali, melainkan kembalinya pada Ilahi & yg masih di sini, erat dgn janji, itu pasti. Al-Fatihah.





******************************

p/s: 'Entry' kali ini bukan yang terbaru, ianya tahun lalu, cuma baru hari ini di‘upload’. Jadi, jangan keliru pula. Kehidupan ini banyak likunya, dan liku-liku itu yang menguatkan kita, terus membawa kita kepada yang Esa. Bukan Dia tak faham derita kita, bahkan ketenangan demi ketenangan diberikan-Nya. Tak akan diberatkan kita dengan beg galas sarat buku di bahu kita, bahkan beg roda ada tersedia. Tak akan lenguh tangan semata mengheret beg roda kesukaan kita, bahkan kurniaan ilmu pedoman hidup sepanjang usia. Al-Fatihah.