Cuti hujung minggu baru-baru ni, meriah dengan kehadiran adik-adik Cyber
di rumah. Melayan keletah hingga lewat pagi. Sudah lebih pukul 01:00am, matanya
masih segar, sedang yang lain..
“Abang, bangun! Abang, bangun! Abang, bangun!”
zzzz….zz………..z -_-
Berlari ke dapur, menjengah TV, tengok kakak dan abang tak peduli, dia
pun..
“Kak Ngah, Aniq nak tido lah.”, sambil berdiri tegak menghadap Kak Ngah. Muka minta simpati, mahu
bermain lagi. Tidak dipeduli. Terus melangkah ke bilik. Apa lagi? Yang lain, cepat-cepat
tutup lampu, dan tidur.
Pagi hari sabtu, memang banyak ‘cartoon’. ‘On’ TV3…Bananana…
Tiba-tiba si kecil…
“Ya nana! ya nana!! ya nana..”
Gamat satu rumah tercuit keletahnya. =D
“Aqil, ni bukan ya hanana.” =)
“Ya nananana..ya nana..nana.”
HeHeHe.. si kecil baru belajar cakap, dia sudah jatuh cinta dengan Ya
Hanana. Kalau dah dibukakan video atau audionya, alamat tak boleh la nak dengar
yang lain. Semestinya terus ‘previous splay’ seusai Ya Hanana
didendangkan. ^_^ Kalau tak, mulalah si Aqil berdrama swasta =P Hrm, terlebih baik pengaruh “Ya
Hanana!” daripada “Bananana..”. Mudah-mudahan lunak
hati, terus membentuk budi pekerti. Jom berqasidah!
Betapa beruntungnya kami!
No comments:
Post a Comment