Bismillahirrahmanirrahim...

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat Mu yang Engkau kurniakan kepadaku & kepada ibu bapaku, & supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redoi. Perbaikilah keturunanku. Sesungguhnya aku b'taubat kpd Mu & sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri." [al-Ahqaf:15]

Sunday, 2 March 2014

Bila TAHNIAH & TAKZIAH serentak berirama…


27 Okt 2013-Majlis Konvokesyen ke-51

            Sebelum – di saat sahabat-sahabat ber’pre-konvo’, aku tidak merasa apa,malah surat jemputan konvo pun tidak berbaca. Pokoknya tiada semangat mahu berkonvo. Segala perkara berkaitan konvo, tidak lain dan tidak bukan, sahabat- sahabat tolong uruskan.

                                    “Akak, dah cuba jubah konvo belum?”
                                    “Belum,, takde semangat la nak kovo.”
                                    “Biar betul?? dah dapat jubah pon tak semangat lagi??”
                                    “Hrmmm,,,,, maybe masuk dewan nanti baru ada feel.”

         Semasa – “Tak sangka, akhirnya kita kat sini”, bisikku pada sahabat disebelah. Sahabat tersenyum, “empat tahun tu, jangan tak sagka.” Dalam hatiku, “tapi, kenapa aku tak rasa.” Keluar dewan seperti biasa, tiada apa yang berlaku lagak gayanya. Mencari keluarga, demi memenuhi tanggugjawab meraikan mereka.

            Selepas“Dah konvo??”, hati kecilku berbisik, minta kepastian barangkali. Tidak dapat balik pada hari yang sama. Menanti   keesokan hari. Sesi bergambar, merealisasi permintaan ‘family’ yang meminta untuk mengambil gambarku di dinding putih. Beberapa ‘message’ masuk di subuh hening, ‘message’ yang sama, datangnya daripada emak menyatakan hasrat. Usai bergambar, bekejar ke perhetian bas, mengejar masa, jam 4.00pm. Tiba di rumah setelah langit            menggelap. ‘On facebook’ sekejap, menjengah sahabat-sahabat. Melelapka mata. Lebih kurang satu jam, aku dikejutkan.
                                    “Angah, Angah, Atok dah takde”, tutur emak separuh berbisik.

              Entah megapa, secara tiba-tiba, terlintas difikiranku, “Mungkin ini jawapan kenapa aku tak rasa apa untuk konvo.”

Mengubat kelu, meyulam rindu~kembali bekerja~
-- : "Cikgu nak ikut Awan?"
-- : "Awan nak gi mana?" 
-- : "Awan nak gi bintang" 

Memaknai tahun baru. Salam Ma'al Hijrah! Moga baik semuanya. Yg pergi xkan kembali, melainkan kembalinya pada Ilahi & yg masih di sini, erat dgn janji, itu pasti. Al-Fatihah.





******************************

p/s: 'Entry' kali ini bukan yang terbaru, ianya tahun lalu, cuma baru hari ini di‘upload’. Jadi, jangan keliru pula. Kehidupan ini banyak likunya, dan liku-liku itu yang menguatkan kita, terus membawa kita kepada yang Esa. Bukan Dia tak faham derita kita, bahkan ketenangan demi ketenangan diberikan-Nya. Tak akan diberatkan kita dengan beg galas sarat buku di bahu kita, bahkan beg roda ada tersedia. Tak akan lenguh tangan semata mengheret beg roda kesukaan kita, bahkan kurniaan ilmu pedoman hidup sepanjang usia. Al-Fatihah.


            

No comments:

Post a Comment