Bismillahirrahmanirrahim...

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat Mu yang Engkau kurniakan kepadaku & kepada ibu bapaku, & supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redoi. Perbaikilah keturunanku. Sesungguhnya aku b'taubat kpd Mu & sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri." [al-Ahqaf:15]

Friday, 14 October 2011

Apa Itu Sifir Hidup???

Bismillahirrahmanirrahim...

Sifir Matematik:
 + - x / =
Sume orang tahu, tapi sifir hidup ni ramai yang terlepas pandang..

Sifir Hidup??
Hidup kita ni warna-warni. Adakala warnanya cantik menenangkan dan ada ketika, warna itu bertukar kusam & kelam. Kadang, hati merungut bila diundang sedikit derita, padahal derita itu yang m'bawa bahagia. Sedikit ujian yang diberiNya membawa kita menuju Dia. Al-Kisah Sifir Hidup:

Kita dok merancang setiap hari. As a student, bila nak buat assignment berkumpulan misalnya, kita merancang sehabis baik lah untuk mendapat the best mark. Kita buat pembahagian kerja supaya teratur, kita berbincang & macam2 lagi sehingga hasil kerja dihantar. Nak menghadap exam pula, kita pulun habis silibus, sehingga nak makan pun terlupa, tidur tak lena, sanggup pula bersengkang mata. Harapan kita kejayaan di genggaman. Namun, setelah segalanya kita harung, natijahnya tak seperti yang dijangka, lalu terbit rasa kecewa, mulalah hati menuturkan kata-kata hampa.

Begitu juga dengan yang sudah berkerjaya. Seorang guru misalannya, awal pagi dah ke sekolah, perhimpunan, masuk kelas keluar kelas, nak memahamkan students bukannya mudah, nak menanda buku, balik sekolah petang, sambung pula buat laporan di rumah & penyediaan mengajar keesokan harinya, hujung minggu ada kursus dll lagi. Bagi yang sudah berumah tangga pula, kalau seorang isteri perlu mengemas rumah, memasak, cuci baju, siram pokok bunga, membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah dan sebagainya.

Allahu Akbar..kalau nak disenaraikan kerja, memanglah banyak. Buatlah sesuatu dengan ikhlas, insya Allah akan diberikan ketenangan & keseronokan dalam melakukannya. Eh, kat mana yang dikatakan sifir hidup ni?

aHa..Sifir hidup yang dimaksudkan adalah "BIIZNILLAH" [dengan izin Allah]..
Kita boleh merancang apa sahaja yang kita mahukan, kita boleh tambah untuk melengkapkan, kita boleh tolak apa yang tidak diperlukan, kita boleh bahagikan mengikut keperluan, apa sahaja bisa kita aturkan, kita menghitung guna akal fikiran, terkadang tersasar mengikut nafsu & perasaan, tetapi kita perlu ingat satu sifir yg sama sekali tidak boleh dilupakn, iaitu BIIZNILLAH..

..Syukran..

No comments:

Post a Comment