Sudah agak lama jari jemari ini
tidak beraksi, meluahkan kata hati yang tersimpan rapi di satu sudut sepi,
menyendiri. Sedar tidak sedar, kini telah tamat tempoh aku berkhidmat sebagai
guru praktikal. 29 Jun 2012. Lega?? Merdeka?? Bukan itu yang aku rasa. Apa yang
aku rasa adalah…
Menatap wajah mereka membuatkan aku
tersenyum bahagia. Ceria bersama. Kadang-kadang suasana tegang menjelma. Sudah
masak dengan gurunya, tidak pandai menzahirkan rasa, yang ada hanya diam seribu
bahasa dan mesra kembali semula. Itu aku, walau dengan sesiapa. Aku juga
manusia biasa. Rasa marah itu ada, marahku itu kerana terlalu sayangkan mereka.
Minggu terakhir disekolah, di saat
sahabat-sahabat seangkatan menyediakan ole-ole kenangan dari seorang guru untuk
anak didiknya, aku melihat dengan bersahaja, serius aku buntu. Dengan perubahan
jadual waktu dan menanti kedatangan pensyarah untuk meng’observe’ aku untuk
terakhir kalinya, tidak sekali pun berbangkit tentang hari akhirku di sekolah
itu. Apa yang mahu ku lakukan adalah terus melakar keindahan di saat getir
sebuah pertemuan.
YUP! SEBUAH PERTEMUAN. Sebuah
pertemuan pasti ada perpisahan. Itu lumrah. Tangis perpisahan itu hanyalah
sementara kerana setelah perpisahan itu sentiasa ada senyum bahagia. Bahagia
dengan kenangan itu. Kenagan bersama, tentang kamu dan aku, juga mereka. Sering
ku coretkan sebuah kata, “UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA”, dengan harapan mereka
kan dijaga Dia senantiasa kerana aku tidak mampu melakukannya. UKHWAH bukan
bermakna ada "KAMU DAN AKU" setiap masa ibarat "belangkas",
ke sana ke sini bersama, tetapi UKHWAH itu ada KAMU DALAM DOAKU dan juga DIA.
Hari terakhirku, for the last thumb
print, agak lewat, tapi tidaklah sampai merah. ^^’ Agak sunyi. Hari ini
merupakan hari akademik di mana parents akan datang untuk mengambil report card
anak-anak & meng’update’ status anak masing-masing. Tiada sesi pengajaran
dan pembelajaran. Dapat satu ‘relief’, relief yang terakhir. Sayu melihat
anak-anak itu. Mungkinkah akan ada ruang dan waktu untuk aku dan mereka seperti
dahulu??
Sesi persekolahan tamat. Manik-manik
jernih itu berguguran. Semuanya kerana anak-anak itu. Mereka puncanya. Allah
titipkan rasa kasih pada mereka dan aku merasakannya. Aku sayangkan mereka.
Ukhwah fillah Abadan abada insya Allah.
TAMAT.
cekgu!saye nak nanges bace post nih..semoga cekgu maju jaya !! saye sayang cekgu :')
ReplyDelete