Bismillahirrahmanirrahim...

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat Mu yang Engkau kurniakan kepadaku & kepada ibu bapaku, & supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redoi. Perbaikilah keturunanku. Sesungguhnya aku b'taubat kpd Mu & sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri." [al-Ahqaf:15]

Sunday, 1 April 2012

..Pujuklah Hati..

Siapa kata doktor tak pernah sakit..
Siapa kata pakar kaunseling tak ada masalah..
Siapa kata cikgu tak pernah buat silap
Siapa kata ustaz tak pernah buat dosa
Siapa kata chef tak pernah masak nasi mentah..
Siapa kata profesor tak pernah kena tipu..
(walaupun profesor serba tahu..)

Ingatlah..
Semua manusia Allah beri kelebihan dan kekurangan masing2..
... Allah beri kelebihan bukan 100% diberi semua pengetahuan..
diberi kekurangan bukanlah sehingga ia menghinakan..
terkadang sengaja Allah menyulitkan perkara yang kita pakar
agar kita tidak perlu sombong..
agar kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur.
**Thanks to my beloved sis, Yana ^^

Pujuk hati untuk menerima tiap sesuatu yang berlaku kerana disebalik semua itu ada hikmah yang tersembunyi. Seandainya hikmah itu dapat dilihat ketika mana kita sedang menghadapi sesuatu yang kita anggap sangat susah untuk kita harungi, nescaya kita akan berterima kasih tika itu juga. Namun Allah sembunyikannya untuk menduga kita, sedang Dia Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan ketika itu pula kita akan lebih berterima kasih dan merasa kemanisannya. "La yukallifullahu nafsan illa wus'aha", al-Baqarah 286. Dia tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Smile always ^^ La tahzan, innAllaha ma'ana!!!

No comments:

Post a Comment